Wednesday, June 29, 2011

ujian 50 km





Pagi ini aku keluar berkayuh pkl. 7.20 am untuk menguji keupayaan 50 km bagi persediaan karnival 1 Malaysia di jalan Kebun,Klang.Aku ke bukit Kapar off road CP1,roller coaster,bukit kerayung balik ikut jalan menuju Jeram pun masih tak cukup km terus ikut Telekom merentas pekan Kapar ikut jalan benteng,sampai kuaters tak cukup lagi,aku pusing 3x kuaters akhir nya dapat gak 51 km.Aku luka di kaki sedikit kerana jatuh tertonggeng di bukit gondol(down hill) first time aku tengok basikal melambung ke atas.Rantai jatuh dan

Sunday, June 26, 2011

Fun Ride to Genting

























































Hari ini aku hanya berdua sama M.Fitt bertolak ke Kuala Kubu Baru kerana mengambil bahagian dalam fun ride to Genting.Kami bertolak seawal 5 am ini bermakna pkl 4.20 dah bangun.Acara ini hanya mendaki sahaja(one way),balik kayuh sendiri,oleh sebab itu kami dan 2 orang lagi dari KL buat pertemuan di Petronas Batang Kali.Jadi kami dapat menjimatkan masa dan tenaga 15 km waktu pulang.
Setelah berkayuh mendaki sampai di Gohtong Jaya pukul 11.30 am selepas makan tengah hari kami 3 orang turun ke bawah untuk mengambil kereta.Tiket cabutan bertuah kami beri pada sorang kawan tinggal diatas.Alhamdulilah aku dapat helmet harga nya yang tertulis rm 169.

























Aku dapat nom.117 dan medal ,3x aku berhenti kerana kaki cramp rehat dan spray.Di 5 KM akhir aku cuma berkayuh dengan kelajuan 5 km/hr.






























































Sunday, June 19, 2011

hadiah dari hani

Ini lah hadiah Hani kepada abah sempena hari bapa,Terima kasih kerana bersusah payah melukis.Dalam hati ni terasa gak macam menyindir kerana Hani tak pernah dapat hadiah mendapat keputusan terbaik di sekolah dari darjah 1 hingga 4.Oleh kerana dia hendak basikal,aku belikan basikal sebagai hadiah.






Saturday, June 18, 2011

pendatang baru

Hari ini aku berkayuh membawa 2 orang lagi ahli baru ia itu sdr.Jamal dan Maniam.Kedua2 nya telah lepas latihan di roller coaster.Kami bertiga kayuh dari Kapar,Azhari dai Tok Muda berkumpul di rumah Pian di Tmn Meru Harapan di mana Zul menunggu di situ.Manakala Mat Fitteri balik kerja malam parking di Sekolah bkt.Kapar dan bertemu di kandang kambing.Pian dan Sanyzam tak dapat hadir kerana uzur.Alhamdulilah semua nya selamat kecuali Matt Fiteri cedera sedikit di siku kerana jatuh di bukit berbatu semasa mendaki,temapt En.Jamal pikul beskal tuJarak 39 km memadai lah untuk memecah lemak2 kerana malam tadi makan di jamuan persaraan Hj.Wak Hassan dan Sdr.Miswan.



Friday, June 10, 2011

masjid bandar diraja klang

Petang tadi aku keluar bersama mem ke workshop hyundai port klang kerana memasang alat ganti kereta yang dah sampai.Waktu pulang ke kapar aku singgah di klang kerana sudah masuk waktu asar.Alhamdulilah dengan ada nya masjid baru ni memudah kan lagi umat islam di sekitar sini,yang sebelum ini kena cari surau di arked mara dan di the store yang sempit dan carpet nya dah berbau.Parking kereta pun banyak.Sempat juga minum2 kerana banyak juga restoran islam.
Malam tadi aku kerja ingat petang nak kayuh ke pantai remis,tapi tak sempat sampai rumah dah pkl.6. lebih.
















Tuesday, June 7, 2011

sungai chongkak ulu langat.

Hari ini aku berpeluang ke sungai chongkak di hulu langat selama ini hanya dengar anak2 rombongan ke sana.Peluang ini dapat kerana menjemput balik anak aku di kem remaja bistari di nur resort selama 3 hari 2 malam anjuran TNB.Aku keluar dari rumah pkl 10 am sampai di sg chongkak hampir pkl. 12 pm.Sempat lah mandi2 ,makan dan zohor sementara menunggu jam 3 pm untuk menjemput anak di kem.






air nya sejuk seperti di janda baik juga.












Monday, June 6, 2011

taman botani bkt cahaya

























Pagi pkl 7.15 am tadi kayuh basikal sama mat fitt ke bukit cahaya shah alam.Kami melalui jalan baru( belum di gunakan) di sg kapar indah melalui aman perdana menuju setia alam.Dari setia alam melalui jalan pintas sebelum toll di bawah talian TNB ke bukit bandaraya dan terus ke bukit cahaya.Sampai di sana masih belum buka lagi.Pkl 8.30 baru buka dan beli tiket rm 3.00,sebelum masuk kami sarapan dulu di canteen.Berkayuh ke bukit sapu tangan,banyak bukit yang pacak2 terpaksa tolak.Gambar takde lagi kerana HP aku tinggal,tunggu mat fitt upload gambar di FB.Masa menurun dah tersilap jalan ke empangan sg kuning ikut junggle treking ke empangan sg.baru.Waktu balik tayar beskal mat fitt pancit,berhenti dan tukar tiub.Sampai rumah ngam2 pkl 12 t/h jarak 55 km.Kaki pun rasa nak krem tapi aku dapat mengawal tidak beri tekanan sangat.Average kayuhan jalan rata 28 km/h ada masa mencecah 32 km/h,average semua 18.5 km/h.

Thursday, June 2, 2011

test giant

semalam baru tukar frame giant xtc 16" tukar itu/ini dah dekat 1.5 k.Hari ini pagi try kayuh pergi bukit gondol.Terasa kecil sikit tapi sesuai untuk kawalan downhill.Naik bukit terasa ringan sedikit.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails