Saturday, January 14, 2012

sg selangor endurance 2012


Pagi pukul 4.30 am aku sudah terjaga,aku tidur balik sambil menunggu set alarm pukul 5.00 am.Pukul 5.30 am aku kena hantar loading basikal naik lori.Bila masa mandi terasa tengkuk sudah sakit,ini angkara tidur tak betul,alamak spoil betul.Sudah siap perkakasan aku ke depan despensari tengok2 sorang pun tiada lagi.Aku balik rumah semula nak melabur dan terus sembahyang subuh di rumah sahaja.Aku gagahi juga untuk bersama kawan2 ke sg selangor endurance di bukit Badong.Mengikut senarai ada 15 orang kawan2 yang pergi tapi 3 orang tak dapat hadir.Kami sampai perserta2 sudah bersiap sedia untuk pelepasan.Kami sempat bersiap dan ke tandas,mungkin ada lagi yang tak sampai kerana minum di tepi jalan tadi.Pelepas di asing2 kan di mulai dengan terbuka dulu kemudian veteran,wanita dan remaja.Kesemua jumlah semua peserta >1000 orang.Kami gulungan veteran di lepas kan pukul 8.20 pagi.Harapan untuk mendapat tempat sangat tipis memandangkan veteran start dari umur 40 thn.Aku cuma kayuh enjoy sahaja janji tamat malahan menahan kasakitan tengkuk.Alhamdulilah aku selamat sampai tiada kecederaan cuma ada sedikit rasa nak krem di kaki sebelah kanan.Kesemua kumpulan kami berjaya menamat kan kayuhan 40 km yang bukit nya tinggi2 walaupun banyak menolak.Terasa bahang panas kayuhan selepas pukul 11 am.Aku sampai ke penamat pkl 12.15 t/h.Sempat lah makan dan bersiap balik dengan Hj,Rahman naik kereta dia.Kawan2 lain naik van dan lori syarikat.Sampai rumah dekat pkl 2 pm.Rakan2 lain menunggu di dewan syabas sampai cabutan bertuah selesai.Hanya 2 orang ahli kami yang dapat hadiah cabutan bertuah.
Kepujian kepada penganjur yang cemerlang.SYABAS.







Wednesday, January 4, 2012

kena upgrade juga.

Pagi hari ini aku di pelawa oleh Maniam ajak berkayuh.Aku bawa Maniam berkayuh di kawasan taman Desa Kerayong,bkt kapar kerana ada sedikit bukit2 dan juga jalan sejuk/redup di pagi hari.Aku sempat berkayuh 28 km sahaja kerana hendak ke kedai basikal pkl 10 am.Alhamdulilah sampai rumah pukul 9.30 am.Memang sudah lama nak upgrade basikal ni baru sekarang dapat sedikit rezeki bonus kerja dan ASB,tambahan kawan2 dah racun semalam pergi survey kedai basikal di Alam Budiman.Group set Deore patut kena tukar dari jamboree kayuhan 1Meru hingga sekarang mungkin dah haus dan lagi satu Fork aku tukar tinggi sikit (150mm) bagi mengelakkan lenguh bahu dan mugkin boleh tahan langgar lubang masa down hill,memandang kan sudah banyak kali aku jatuh langgar lubang masa downhill.Barang2 lebihan basikal aku pindah kan ke basikal raleigh lama aku.Mana lah tau satu hari nanti anak aku yang lelaki tu bolih gunakan nya nanti.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails