Tuesday, October 25, 2011

kayuh makan angin/santai pantai remis deepavali.

Pagi ini hari cuti deepavali tidak kemana2 aku berkayuh makan angin/santai dengan hj rahman ke pantai remis.Cuaca sejuk berkabus macam di pusat peranginan tanah tinggi sangat selesa rasa nya.Sempat melihat orang mencari hasil rezeki di tepian pantai seperti kerang dan remis.Gambar wanita indon sedang mencari remis untuk di buat gulai,tak sempat tanya macam mana dia buat.Balik singgah di kedai karoke jalan keretapi lama, hj rahman pesan 2 bungkus nasi lemak masa keluar melalui kedai itu tadi.


kayuh redah bkt kapar/kerayung

Hari ni cuti tak kemana2 memandangkan cuaca amat baik di pagi hari aku berkayuh solo ke bukit Kapar.Laluan biasa ikut taman desa kerayung.Berhenti seketika 16km di persimpangan.Teringin pula naik ke jalan menara maxis.Aku tolak aje separuh jalan yang lain boleh kayuh.Nampak di bawah taman desa kerayung yang aku lalu tadi.Semasa turun aku turun tolak kerana licin takut jatuh.Sampai di simpang bawah aku mencari jalan keluar ke bukit kerayung,jalan ada tapi dah lama orang tak lalu terlalu semak,aku nampak pokok getah konon nya nak lalu situ.Rupa2 nya kebun getah tinggal tapi ada juga orang yang toreh.Aku redah ke dalam tapi tak berjaya kerana banyak akar2 kayu dan duri bertam,terpaksa berpatah balik keluar ke bukit kapar.Sampai di rumah hampir pkl 10 pagi dapat juga jarak 29km.





Wednesday, October 19, 2011

kayuh jalan tar jika lepas hujan


Selalu nya aku berkayuh sebelah pagi menghala ke Meru jika sebelah petang menghala tok muda/jeram.Sekarang musim hujan aku hanya berkayuh di jalan tar shj(on road).

Sunday, October 2, 2011

kayuhan burung hantu melaka

Pertama kali pergi jamboree malam menyebabkan keletihan melampau.Risiko kayuh malam ni memang tinggi.keadaan lampu yang tidak cukup terang berbahaya terutama masa downhill off road.Satu kali aku tergolek dan satu kali lagi melambung meyebabkan aku memperlahan kan kayuhan.Walaubagaimana pun aku dapat mendaki kesemua bukit2 tanpa henti kecuali di check point dan water station.Alhamdulilah aku dapat menghabiskan 45km dengan masa 3 jam 23 minit dan mendapat tempat ke 336 dari 1800 peserta.Dari 8.30 pm sampai 11.45 pm.



































LinkWithin

Related Posts with Thumbnails