Tuesday, October 25, 2011

kayuh redah bkt kapar/kerayung

Hari ni cuti tak kemana2 memandangkan cuaca amat baik di pagi hari aku berkayuh solo ke bukit Kapar.Laluan biasa ikut taman desa kerayung.Berhenti seketika 16km di persimpangan.Teringin pula naik ke jalan menara maxis.Aku tolak aje separuh jalan yang lain boleh kayuh.Nampak di bawah taman desa kerayung yang aku lalu tadi.Semasa turun aku turun tolak kerana licin takut jatuh.Sampai di simpang bawah aku mencari jalan keluar ke bukit kerayung,jalan ada tapi dah lama orang tak lalu terlalu semak,aku nampak pokok getah konon nya nak lalu situ.Rupa2 nya kebun getah tinggal tapi ada juga orang yang toreh.Aku redah ke dalam tapi tak berjaya kerana banyak akar2 kayu dan duri bertam,terpaksa berpatah balik keluar ke bukit kapar.Sampai di rumah hampir pkl 10 pagi dapat juga jarak 29km.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails