Sunday, October 21, 2012

burung hantu 2012

20/10/2012 kami seramai 4 org dari kev pedal2kick menyertai jamboree kayuhan burung hantu di dataran Air Keroh Melaka.# org lagi tak dapat hadir.Aku sama Fitteri bertolak dalam satu kereta selepas zohor dari Kapar,sampai di Melaka terus ke dataran untuk mengambil goodies.Kami bermalam di INB resort kerana hampir ke dataran 2.5 km jadi kami terus kayuh ke dataran.Kami bersiap ke dataran 6.30 ptg dapat lah duduk depan sikit.Pukul 8.30 malam kami di lepas kan seramai 2000 peserta.Memang memenatkan kayuh malam ni kerana lampu tak cukup terang,bebrapa kali aku krem cuma layan sahaja sampai 45 km sampai tangan pun hampir krem.Aku sampai ke garisan penamat sebelumpkl 12 malam.Sebelum penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kami pulang ke hotel sempat basuh basikal,mandi,solat dan makan.Kami kembali ke dataran menaiki kereta untuk menunggu cabutan bertuah,malang seorang pun tak kena antara kami.Peserta pertama sampai 1 jam 33 minit.Aku 3 jam 30 minit.Pukul 3.00 am semua nya bersurai,sampai hotel terus tidur dengan nyeyak.Pukul 8 pagi selepas sarapan kami bertolak balik ke Kapar,Alhamdulilah semua kami selamat tiada kecederaan.







Sunday, September 30, 2012

UPM mtbfete.

Pada 30/9/2012 kumpulan kami KEV pedal2kick telah menyahut cabaran di UPM fete.kami bertolak dariKapar setelah solat subuh seramai 7 peserta,3 orang naik kereta sendiri selebih nya naik van dan lori.Sesampai nya di sana ketika kami bersiap nak keluar ke starting point,kelihatan peserta2 telah di lepas kan.Kami follow sahaja kerana tiada first check point,semangat telah menurun sedikit.Tengah perjalanan semua sportypal dan heart rate masih belum set terpaksa berhenti set semula,di situ aku ketinggalan oleh ramai peserta dianggar kan 1,500 orang.Aku ingat kan track 44 km dia hanya 2 ,3 bukit rupa2 nya melalu gaung bukit yg curam dan licin,peserta2 lain pun banyak yang merungut.Memang perangai aku cuba sedaya upaya menamat kan acara,kaki dah mula nak krem di 10 km akhir,di situ lagi teruk mendaki.Akhir nya aku sampai ke garisan penamat di padang kawad UPM pukul 12.15 t/h dengan dapat nom.519.Acara yang palin penat yg pernah aku lalui dan sesampai nya di situ tiada pula medal penamat,berasa kecewa juga lah.Sempat makan tengahari,mandi dan solat zohor.Menuggu cabutan bertuah sampai pukul 4,nombor aku pun tak naik hanya nombor kawan2 4 orang sahaja yang dapat.Semua kami dalam selamat.Aku dengar ada seorang peserta meninggal umur 31 thn pengsan 1 jam di trail.



Monday, August 20, 2012

raya 2012 1433H

 Oleh kerana raya aidilfitri tahun ini aku bertugas petang bermakna aku hanya beraya di Kapar sahaja.Hanya selepas hari raya ketiga aku dapat bercuti selama 5 hari.Walaupun bertugas petang aku sempat solat aidilfitri berjemaah di masjid pekan Kapar dan beraya dirumah bersama isteri dan anak2 aku...alhamdulilah.Selebih nya aku melayari facebook untuk mengikuti perkembangan saudara2 dan kawan 2 menyambut hari raya.Sebenar nya apabila kedua2 ibu bapa ku tiada sejak 1993 lagi aku tak berapa kisah sangat menyambut hari raya di kampung halaman,cukup bersama isteri dan anak2...alhamdulilah.



Thursday, July 26, 2012

puasa panas kering

 Puasa tahun ni panas dan kering.Tiada aktiviti kayuh pada bulan puasa seperti di tahun2 lepas.Tapi pada musim kering ni lagi banyak nyamuk masuk kerumah,ini di sebab kan rumput2 dan daun 2kering nyamuk akan mencari tempat yang lebih sejuk dengan masuk ke dalam rumah.Walaupun ada jaring nyamuk tapi yang halus2 tu boleh lepas,banyak lah bulan ni guna kan sheltox.Musim bunga sakura malaysia katanya nampak meriah di dalam kuaters ini dengan beraneka warna.Yang di keliling rumah aku nanti siap lah bila semua bunga sudah gugur,banyak lah kerja aku menyapu dan membakar nya lagi.



Saturday, July 7, 2012

bersama ahli KEV pedal 2 kick ke Bukit Ramlee

 Pagi hari sabtu 7/7/2012 aku pertama kali dapat berkayuh bersama sama ahli KEV P2K ke Bukit Ramlee dengan jersey baharu.Kami dapat mengumpul kan ahli seramai 8 orang.Minggu lepas kami dapat mengumpul kan seramai 11 orang ahli.Sambutan ahli ahli baru nampak nya menggalak kan walau pun minggu lepas aku tak dapat bersama kerana bertugas.Walau pun jarak kayuhan pergi balik sejauh 35 km kepuasan berkayuh beramai2 membangga  kan,sampai di rumah pukul 11.15 am mentari sudah memancar terik.




Sunday, June 17, 2012

jamboree kuntau bandar tasik kesuma semenyih

Hari ini aku bersama ahli kelab seramai 4 orang pergi ke Semenyih dengan manaiki van syarikat dan lori.Sepatut nya ahli kami yang mendaftar seramai 10 orang tetapi menarik diri atas sebab tertentu.Walaupun cuaca berjerubu seramai >1400 peserta menyertai di lepas kan pukul 8.15 am.Kedudukan starting point kami jauh di belakang.Track yang menarik menjadi tercemar dengan melalui 2 parit besar yang menyebabkan lambat/jem kerana sorang2 melalui nya.Di km 20 pula hujan lebat,aku tak teringat untuk membalut plastik menyebabkan HP aku padam sendiri,aku sedari waktu di penamat,habis tak dapat rekord trail GPS.Apapun aku dapat menamat kan acara 45 km ini yang dapat mengawal kekejangan.
pemenang no.1 tamat 0948hrs.(1-5 semua wakil malaysia).


kedudukan peserta KEV P2K:


no.235 Mohd Fazlee Abdul Rahman masa tamat 1046hrs.

no.364 Muatafa Kamal masa tamat 1109 hrs.

no.457/veteran 102 Fitteri Idris masa tamat 1126hrs.

... no.491/veteran 110 Jamil Latif masa tamat 1132 hrs.

no.605/veteran 138 Rosli Jaffar masa tamat 1149 hrs.

no.806 Encik Kocai masa tamat 1219hrs.

no.958 Najib masa tamat 1250 hrs.

jumlah semua peserta 1400 orang.




Wednesday, May 23, 2012

reunion sekolah

 Pada hari sabtu 12/05/2012 hari yang bersejarah buat diri aku setelah 36 tahun tidak bertemu kami di temukan semula.Sengaja aku masukan ke blog ini untuk mengabadi kan kenangan.Kali terakhir aku sekolah di SMK Raub Pahang sekarang sudah di tukar nama Sekolah Menegah Tengku Kudin pada tahun 1975/1976 iaitu tingkatan 4/5.
Terima kasih kepada kawan2 yang sudi dan berusaha menganjurkan dengan jaya dan berjalan lancar.Kami mengatur kan melalui FaceBook.Acara di mulai dengan majlis makan tengahari di resoran sentosa,bandar Raub,ke sekolah,lawat kolam ikan Cheroh dan minum petang di tepi sungai Batu Malim.Pukul 5.30 petang kami berangkat balik.Terima kasih kepada kawan2 yang menaja makanan yang enak dan mewah.





Sunday, May 6, 2012

jamboree cycle4care alam budiman

 Hari ini aku berkayuh di jamboree cycle4care Alam Budiman bersama Jamal.Kami daftar secara walk in sebab terlepas pandang.Sebetul nya aku bertugas petang dan Jamal bertugas malam.Dapat juga kami berkayuh di trail yang mencabar.Memang kami sebelum ini pernah buat latihan di sini tapi waktu jamboree kali ini laluan yang bertentangan,,,fuuuh terasa penant sangat banyak berhenti dan menolak.Walaubagaimanapun kami dapat menamat kan kayuhan 40 km dengan Jamal mendapat tempat ke 19 dan aku 71 dari 300 orang..Aku sampai di garisan penamat dekat pukul 12 pm,mujur lah cuaca mendung.Jamal pukul 10 lebih.Setelah makan aku balik dengan plate cabutan bertuah diserahkan kepada En.Kocai.Alhamdulilah selamat ada juga sedikit cedera terbabas langgar duri bertam dan cateye velo 8 aku tercicir.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails