Saturday, December 31, 2011

tahun baru 2012

Hari sabtu ,ahad walaupun aku off tak kerja mood berkayuh kurang sikit sebab nak melayan anak2 menghabiskan cuti sekolah.Petang sabtu 31/12/2011 aku bersama2 anak 3 orang pergi ke I.city Shah Alam nak merasa panorama waktu siang dan rumah salji yang di warwarkan.Dulu sakali dah masuk waktu malam.Peluang sama di waktu karnival sayangi selangor.Ingat kan nak terus sampai menyambut malam tahun baru,boleh tengok pertunjukan bunga api dan acara2 pentas,tapi dah kepenatan dan ada yang mabuk naik buai kapal.Kami balik rumah dulu ingat nak keluar pkl 10 mlm pulak,tapi tak jadi juga sebab tak berapa minat sangat mungkin takut parking jauh nak jalan kaki lagi.






Saturday, December 17, 2011

trail Alam Budiman








Hari ini Aku berkayuh di Trail Alam budiman bersama 5 orang kawan2 termasuk 4 orang staff TNB.Kami membawa kenderaan masing2 dari Kapar.Kami mula berkayuh pukul 8.30 am dari kedai NERD Cycle yang di ketuai oleh Lan Kuman.Kami kayuh perlahan kerana merai kan pengayuh baru iaitu En. Asri dan anakDari Alam budiman kami ikut off road ke Kg.Budiman dan terus off road tasek Subang yang trail nya ala FRIM.Kami sampai di simpang 4 kedai minum dah pukul 10.30 am,hari dah panas.

Sunday, December 11, 2011

jamboree Sepang 2011

Pengalaman berkayuh di bersebelahan litar formula 1 Sepang dengan di seratai oleh 500 peserta cukup menyeronokkan.Cuaca mendung dan berangin dan pemandangan di sebelah lapangan terbang LCCT pertama kali juga aku melihat kawasan ini walau pun aku selalu berulang alik ke PD melalui jalan depan sahaja.Penganjur di kira berjaya juga tapi ada sedikit kelemahan iaitu tidak ada tanda anak panah dan marshall terutama di persimpangan 4.Ramai peserta kesesatan dan menyumpah2 penganjur.Dengar kata yang dapat nom 1 tu pun sesat 4x.Alhamdulilah aku dapat juga menghabiskan trail ini mungkin nombor 120/500 peserta.Aku berhenti2 seketika mengambil gambar dan video meyebabkan aku ketinggalan,mungkin boleh dapat top 100.Dalam pada itu heart beat average 160 bps max 175 bps suasana berbeza dari latihan.Atas jalan raya boleh mencapai 41 km/h,begitu lah kalau macam ada suasana berlumba.Aku bawa berhati2 kerana tidak berapa confident dengan down hill.Aku pun tak kisah dengan nombor janji selamat tiada kecederaan.Kali ini jurugambar ramai terutama dari majalah cycling dan baik bike.com menyebabkan gambar berlambak2 di wall FB.Terima kasih kepada mereka tanpa mereka siapa lah nak tangkap foto kita sedang berkayuh.









Wednesday, December 7, 2011

persediaan jamboree Sepang

Hari ini aku kayuh seorang bagi persiapan jamboree Sepang pada 11/12/2011 ini.Walau pun penat masih ada semasa bercuti diutara drive dan panjat bukit telaga 7 kaki rasa menagkap waktu menuruni bukit,dua hari lepas pun sempat berkayuh jarak dekat.Pagi ini lebih sikit 48 km pusing bukit Kerayong.Bila melalui estet jalan Akob tersentak aku melihat orang2 yang bekerja,terasa macam aku ada bersama kerana mengimbau zaman cuti sekolah aku berkerja di ladang sawit seperti itu.Sampai pekan Kapar aku singgah kedai Mydin minum dan makan tosei bawang yang biasa aku bersarapan pagi,aku tengok jam tepat pukul 9 pagi.Keseluruhan kayuhan menggembira kan kerana cuaca sejuk mendung kena hujan sikit di bukit Kapar.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails