Pengalaman berkayuh di bersebelahan litar formula 1 Sepang dengan di seratai oleh 500 peserta cukup menyeronokkan.Cuaca mendung dan berangin dan pemandangan di sebelah lapangan terbang LCCT pertama kali juga aku melihat kawasan ini walau pun aku selalu berulang alik ke PD melalui jalan depan sahaja.Penganjur di kira berjaya juga tapi ada sedikit kelemahan iaitu tidak ada tanda anak panah dan marshall terutama di persimpangan 4.Ramai peserta kesesatan dan menyumpah2 penganjur.Dengar kata yang dapat nom 1 tu pun sesat 4x.Alhamdulilah aku dapat juga menghabiskan trail ini mungkin nombor 120/500 peserta.Aku berhenti2 seketika mengambil gambar dan video meyebabkan aku ketinggalan,mungkin boleh dapat top 100.Dalam pada itu heart beat average 160 bps max 175 bps suasana berbeza dari latihan.Atas jalan raya boleh mencapai 41 km/h,begitu lah kalau macam ada suasana berlumba.Aku bawa berhati2 kerana tidak berapa confident dengan down hill.Aku pun tak kisah dengan nombor janji selamat tiada kecederaan.Kali ini jurugambar ramai terutama dari majalah cycling dan baik bike.com menyebabkan gambar berlambak2 di wall FB.Terima kasih kepada mereka tanpa mereka siapa lah nak tangkap foto kita sedang berkayuh.
No comments:
Post a Comment