Wednesday, September 21, 2011

testing HP software

Pagi tadi aku berkayuh sorang ke bukit ramli dan menguji software HP aku dan pertama kali aku berkayuh tanpa henti mendaki dari kaki bkt Ramli sampai ke puncak.Tapi malang nya bateri habis,dan record tak dapat di simpan.Gambar sebelah tu pun nak di hantar melalui face book tapi tak berjaya mungkin nak upload tak cukup signal.
Gambar di bawah petang tadi baru berjaya upload setelah update sw 1.2.5 dari 1.2.3.itu pun pakai wifi rumah.2/3 hari ni signal 3g maxis tak kuat mungkin cuaca mendung.












Saturday, September 17, 2011

UKM mini jamboree

Sabtu 17/09/2011 aku bersama 4 kawan lain bertolak dari Kapar menaiki kereta Hj.Rahman dan sebuah lori KEV ke UKM Bangi.Kami dari kelab basikal KEV pedal to kick di bawah naungan kelab kilat mengguna kan sedikit peruntukan.Bayaran pendaftaran RM 50 sendiri.Kami bersiap seawal 5.30 pagi
memandangkan subuh hampir tiba kami sembahyang dulu di balai islam dan bertolak 6.15 am tiba di UKM pukul 7.20 am.Waktu pelepasan pukul 7.30 am terpaksa berkejar2 untuk pendaftaran dan goodies.Rupa2 nya di tangguh pukul 8.30 am kerana aktiviti senamrobik.Alhamdulilah aku dapat menghabiskan acara hanya 23 km sahaja pukul 10.20.Aku di beri nombor 34 veteren dan medal finisher.Dalam group aku,aku lah orang yg pertama tiba.Sebenar nya aku bukan untuk mendapatkan nombor yg baik ,Aku sempat merakam gambar perlepasan dan sukar memotong di single track berserta dengan had umur veteran dari 40 tahun.Peserta awal tiba sebelum jam 10 am.Trail yg menarik luar dan dalam kampus.Semua boleh di kayuh kecuali di single track.Macam itu pun aku guna kan kadar heart beat aku tinggi average 156 bps,max 172bps.Kami 3 orang balik ke kapar awal yang tinggal Sanyzam dan Maniam menunggu cabutan bertuah.Aku sampai di rumah sebelum zohor.









































Friday, September 9, 2011

off road lepas raya

Hari ini aku berkayuh ke cerakah jaya off road dengan Jamal & Maniam.Walaupun hari ini jumaat aku jarang berkayuh,memandang kan esok dan ahad tak dapat kayuh kerana kerja malam ini.Jamal nampak lebih bertenaga selepas PCC Broga.Lepas ni takde chan lagi nak potong Jamal.











Wednesday, September 7, 2011

warmup lepas raya

Petang tadi aku berkayuh dengan Jamal sampai ke Aroma ikan bakar Jeram pergi/balik 37 km.Bertolak pukul 5.15 pm sampai rumah pukul 7.30 pm.Sengaja aku balik lewat,gelap sikit kerana nak menguji lampu bagi persediaan kayuh malam.Sebenar nya semalam aku dah kayuh sama Sanyzam dan Faizal ke sg. Serdang sahaja walaupun hari terakhir aku puasa 6.



















Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011













Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari pertama kerja shift malam.Tiada pilihan bercuti kerana majority pekerja2 berugama islam.Seperti tahun2 lepas sesiapa yg bertugas pada hari raya di bekalkan dengan kuih raya.Walaupun bertugas malam aku sempat juga sembahyang raya di masjid pukul 8.30 pagi tapi kena bawa/siapkan pakaian dulu.Setelah bersiap2 di rumah 10.30 am aku dan keluarga balik ke Bentong Pahang.Pukul 12 th sampai Benus kerumah abang ipar dan pak mentua tinggal di situ,pkl 2 ke Bilut singgah ziarah pusara Mak dan Abah terus kerumah arwah yang mana di diami oleh adik,pkl 3 singgah ke Lebu ziarah mak saudara dan ke Mempaga ziarah adik.Di Mempaga hos sistem penyejuk bocor dengan bantuan adik pergi pula ke Bentong cari alat ganti.Lepas maghrib kereta siap dan bertolak ke Kapar pkl 9.15 mlm berhenti di terowong genting sempah untuk isi air radiator,sampai di rumah 9.30 bersiap terus pergi kerja pkl 12.00 am.Nasib baik machine off stanby sahaja.






























Friday, August 26, 2011

sengaraan basikal di bulan puasa

Bulan puasa ni takde aktiviti berkayuh cuma ada lah sekali kayuh petang keliling kuaters untuk test rantai dan cassete baru.Bagi persiapan jamboree bulan 9 dan 10 iaitu UKM dan Burung hantu Melaka.Habis lah juga rm 350.












Wednesday, August 17, 2011

mengingati mati

Bercuti 5 hari di bulan puasa tidak banyak aktiviti luaran.Hari ini aku menziarahi allahyarham Hj.md Saman Abas berusia 74 tahun .Sebelum ini setelah seminggu koma di hospital sg buluh akibat jatuh motorsikal.
Aku kenal beliau di awal melapur diri di SJTJ port dickson di bilik kawalan 1 dia sebagai SUO.Beliau peramah dan tidak lokek,banyak juga aku dapat pelajaran dari dia...satu fatihah untuk arwah...al fatihah.








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails