Sunday, June 6, 2010

Cuti sekolah tapi aku tak cuti

Cuti sekolah ni aku dan keluarga tak kemana2 kerana 3 orang anak2 aku akan mengambil peperiksaan besar tahun ini.Hari ni aku bertugas petang jadi sebelah pagi aku free.Pukul 7.30 aku ambil peluang berkayuh ke roller coaster.Kawan2 aku dari KEV pergi ke FRIM mini jambore aku pun ingin turut serta tapi apa kan daya bertugas petang.
Sampai di bukit pertama memang bukit ni aku berhenti2 rehat sekejap kat tepi jalan rehat sampai 10 minit,kebetulan lalu pula kawan anak beranak nak menuju ke bukit ramli.Hati aku berbelah bagi sama ada nak ikut diorang atau lalu ikut laluan biasa.Akhir nya aku ikut mereka.

Sampai aku ke bukit ramli buat kali kedua.





ramai gak dari saujana utama,alam budiman dan sekitar selangor dan KL.

Memang aku tak bersarapan pagi tadi di rumah.Di atas bukit ni ada di jual nasi lemak dan air ,harga nya mahal sikit sebab transport.Tabung di sedia kan oleh tuan tanah ,self service kena jujur.
Satu lagi pandangan di sebelah timur kelihatan kampus Uitm Puncak Alam yang jauh lagi tu banjaran titiwangsa.

Perjalanan pulang lebih mudah singgah ngan kawan2 di bukit kapar makan dan minum dulu.Balik ke Kapar sedar tak sedar sudah 41 km.Lepas zohor pergi ke jemputan kawin di Tok Muda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails