Tuesday, November 30, 2010

kedondong

Hari ini aku berkayuh mengikuti jalan favorite kami sejauh 40 km.Mula2 ingat kan nak kayuh 50 km tapi mat fitt kerja petang.Balik singgah kedai basikal Meru kerana nak setting basikal untuk persediaan Bernam Jaya.Tapi taukeh belum sampai lagi.sementara menunggu kita pekena roti canai.Sampai rumah 10.30 ,basuh basikal dulu.Sementara menunggu basikal kering sempat gak memetik buah kedondong yang aku tanam 3 pokok di tepi jalan.Cuti2 sekolah ni bagi anak2 aku kerja mengupas buah untuk di jadi kan jeruk aje.









Friday, November 19, 2010

mencari pendekar wak mastor

aku tak pernah berkayuh hari jumaat,memandangkan sudah lama tidak berkayuh kerana musim hujan dan sabtu/ahad ini akan ke melaka.Laluan ni memang di idamkan setelah melihat google map.Jalan balik melalui jalan sama kerana aku tak suka melalui jalan akob iaitu jalan yang di lalui lori sampah ke pusat pengumpulan sampah,bau jalan nya tak memuaskan.Kayuhan pagi ni sejauh 30 km shj.










perut memulas sempat gak melabur.









Sunday, November 7, 2010

FRIM2

hari ini dan besuk aku menghadiri health screen test dianjur kan oleh majikan aku ,keputusan nya tidak memuaskan gula dan tekanan darah dalam sempadan,aku terpaksa melebih kan senaman dan kawalan permakanan.walaupun semalam buat kali kedua aku ke FRIM berkayuh melalui track berlainan dari first track dulu,padan lah kayuhan aku tak memuaskan ketika mendaki.




















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails