Friday, September 23, 2011

Pertama x kayuh malam bkt Ramlee

Pengelaman pertama kali berkayuh malam ke bukit Ramlee melalui off road bagi persiapan kayuhan burung hantu Melaka.Memang banyak cabaran ,pertama nya fizikal aku rasa lain sebab nya selalu relax di waktu begini.Penglihatan kurang kerana cahaya tidak mencukupi.Aku berkayuh dua orang dengan Jamal.Aku tergelincir sedikit di batu 7 akibat dari kereta memotong dan berhenti di kedai tepi jalan tapi tak lah jatuh menyebab kan kaki kiri aku luka terkena pedal stud yang tajam,Apabila melalui ladang sawit terpaksa kayuh perlahan terutamanya sewaktu downhill tidak sama berkayuh di watu siang.On road jalan tarmac bolih kayuh laju macam siang.Di atas bukit ramli pun aku jatuh masa buat pusingan tukar gear akibat dari debu tebal tak jelas.Sekali lagi kaki kena pedal luka sebelah kanan pula.Aku pakai 3 jenis lampu 2 di ikat di handle dan satu di kepala,satu lagi lampu flickering di belakang.Aku rasa lampu di kepala lebih baik kerana dapat melihat peralatan basikal terutama gear.





Berbalik cerita masa barkayuh melalui kelapa sawit kelihatan ramai group basikal lain di bawah bukit.Aku agak tentu ini group Zahidin yang aku dapat klu dari facebook.Aku mula2 ingat nak kayuh ke cerakah jaya kayuhan 1 meru,memandang kan waktu dah pkl 10 mlm,kami menaiki bukit melalui jalan tarmac sahaja.Kami berjumpa memang group Zahidin di atas kami relax /minum sampai pkl 11 lebih.Kami balik sama2 melalui jalan besar Meru.Aku 2 orang terus ke Kapar sampai rumah tepat jam 12 malam.
Sebenarnya jarak kayuh 39km.Aku lambat/ lupa on sportypal.
























Wednesday, September 21, 2011

testing HP software

Pagi tadi aku berkayuh sorang ke bukit ramli dan menguji software HP aku dan pertama kali aku berkayuh tanpa henti mendaki dari kaki bkt Ramli sampai ke puncak.Tapi malang nya bateri habis,dan record tak dapat di simpan.Gambar sebelah tu pun nak di hantar melalui face book tapi tak berjaya mungkin nak upload tak cukup signal.
Gambar di bawah petang tadi baru berjaya upload setelah update sw 1.2.5 dari 1.2.3.itu pun pakai wifi rumah.2/3 hari ni signal 3g maxis tak kuat mungkin cuaca mendung.












Saturday, September 17, 2011

UKM mini jamboree

Sabtu 17/09/2011 aku bersama 4 kawan lain bertolak dari Kapar menaiki kereta Hj.Rahman dan sebuah lori KEV ke UKM Bangi.Kami dari kelab basikal KEV pedal to kick di bawah naungan kelab kilat mengguna kan sedikit peruntukan.Bayaran pendaftaran RM 50 sendiri.Kami bersiap seawal 5.30 pagi
memandangkan subuh hampir tiba kami sembahyang dulu di balai islam dan bertolak 6.15 am tiba di UKM pukul 7.20 am.Waktu pelepasan pukul 7.30 am terpaksa berkejar2 untuk pendaftaran dan goodies.Rupa2 nya di tangguh pukul 8.30 am kerana aktiviti senamrobik.Alhamdulilah aku dapat menghabiskan acara hanya 23 km sahaja pukul 10.20.Aku di beri nombor 34 veteren dan medal finisher.Dalam group aku,aku lah orang yg pertama tiba.Sebenar nya aku bukan untuk mendapatkan nombor yg baik ,Aku sempat merakam gambar perlepasan dan sukar memotong di single track berserta dengan had umur veteran dari 40 tahun.Peserta awal tiba sebelum jam 10 am.Trail yg menarik luar dan dalam kampus.Semua boleh di kayuh kecuali di single track.Macam itu pun aku guna kan kadar heart beat aku tinggi average 156 bps,max 172bps.Kami 3 orang balik ke kapar awal yang tinggal Sanyzam dan Maniam menunggu cabutan bertuah.Aku sampai di rumah sebelum zohor.









































Friday, September 9, 2011

off road lepas raya

Hari ini aku berkayuh ke cerakah jaya off road dengan Jamal & Maniam.Walaupun hari ini jumaat aku jarang berkayuh,memandang kan esok dan ahad tak dapat kayuh kerana kerja malam ini.Jamal nampak lebih bertenaga selepas PCC Broga.Lepas ni takde chan lagi nak potong Jamal.











Wednesday, September 7, 2011

warmup lepas raya

Petang tadi aku berkayuh dengan Jamal sampai ke Aroma ikan bakar Jeram pergi/balik 37 km.Bertolak pukul 5.15 pm sampai rumah pukul 7.30 pm.Sengaja aku balik lewat,gelap sikit kerana nak menguji lampu bagi persediaan kayuh malam.Sebenar nya semalam aku dah kayuh sama Sanyzam dan Faizal ke sg. Serdang sahaja walaupun hari terakhir aku puasa 6.



















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails