Friday, September 23, 2011

Pertama x kayuh malam bkt Ramlee

Pengelaman pertama kali berkayuh malam ke bukit Ramlee melalui off road bagi persiapan kayuhan burung hantu Melaka.Memang banyak cabaran ,pertama nya fizikal aku rasa lain sebab nya selalu relax di waktu begini.Penglihatan kurang kerana cahaya tidak mencukupi.Aku berkayuh dua orang dengan Jamal.Aku tergelincir sedikit di batu 7 akibat dari kereta memotong dan berhenti di kedai tepi jalan tapi tak lah jatuh menyebab kan kaki kiri aku luka terkena pedal stud yang tajam,Apabila melalui ladang sawit terpaksa kayuh perlahan terutamanya sewaktu downhill tidak sama berkayuh di watu siang.On road jalan tarmac bolih kayuh laju macam siang.Di atas bukit ramli pun aku jatuh masa buat pusingan tukar gear akibat dari debu tebal tak jelas.Sekali lagi kaki kena pedal luka sebelah kanan pula.Aku pakai 3 jenis lampu 2 di ikat di handle dan satu di kepala,satu lagi lampu flickering di belakang.Aku rasa lampu di kepala lebih baik kerana dapat melihat peralatan basikal terutama gear.





Berbalik cerita masa barkayuh melalui kelapa sawit kelihatan ramai group basikal lain di bawah bukit.Aku agak tentu ini group Zahidin yang aku dapat klu dari facebook.Aku mula2 ingat nak kayuh ke cerakah jaya kayuhan 1 meru,memandang kan waktu dah pkl 10 mlm,kami menaiki bukit melalui jalan tarmac sahaja.Kami berjumpa memang group Zahidin di atas kami relax /minum sampai pkl 11 lebih.Kami balik sama2 melalui jalan besar Meru.Aku 2 orang terus ke Kapar sampai rumah tepat jam 12 malam.
Sebenarnya jarak kayuh 39km.Aku lambat/ lupa on sportypal.
























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails