Sunday, February 19, 2012

kayuh dari gombak ke bkt tinggi bentong.

Hari ini aku berkayuh ke Genting Sempah bersama 3 orang kawan .Sebenar nya sudah dua kali aku ke Genting Sempah cuma kali ini lebih jauh sedikit ke Bkt.Tinggi.Ingatkan nak kayuh di Ijok bukit lahanat,semalam hujan dan awal subuh pun hujan,malas nak main lumpur.Mat Fitt pula ajak kayuh ke Genting Sempah on road.Aku bertolak dari Kapar seawal 6.30 pagi ke Hospital orang asli bt 12 Gombak.Cuaca mendung dan dingin menjadi kan keseronokan berkayuh.Hampir pkl 8 kami mula berkayuh mendaki sehingga Genting Sempah.Berhenti sekejap regroup dan seterus nya menurun ke bkt. Tinggi Bentong.Berhenti minum teh dan roti canai di restoran tepi jalan.Waktu balik mendaki pula sampai di RR genting sempah yang mana kawan2 sudah sampai dulu menunggu.Aku asyik kena tinggal sahaja bukan apa pertama kali mendaki jarak jauh lebih kurang 54 km,aku terpaksa kayuh selamat bagi mengelakkan cramp.Sampai di Gombak sebelum pkl.12.Aku dua orang dengan Matt.Fitt balik naik kereta matrik aku, sampai rumah sebelum zohor ,sempat upload foto lagi.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails