Hari ini aku teringin nak kayuh di trail green hill dan atantuya.Aku bertolak dengan menaiki kereta ke Alam Budiman.Aku dapat berita di face book ada geng2 kayuh beb nak kayuh.Sampai di Alam Budiman kelihatan 4 orang geng kayuh beb sedang bersiap.Kami mula berkayuh pukul 8.20 pagi masuk ke trail green hill.Aku pernah masuk sekali di trail ini,memang banyak dahan2 bertam jatuh sehingga lengan aku pun terguris duri bertam.Cuma kali ini aku dapat terus mendaki di trail atantuya.Kami turun di bukit betul2 dekat simpang menuju bkt Ramli.Kami tidak dapat meneruskan ke bkt Ramli kerana ada yang mengata kan sudah memadai,kerana ada ahli yang baru berkayuh.Kami menyusuri jalan ke cerakah jaya dan track 1Meru cp1 merentasi seehingga di sekolah kg Budiman nak ke kedai mama donut di jalan paip.Setelah makan dan minum kami balik ke Alam Budiman melalui jalan kampung Budiman ikut rentas.Aku sampai rumah sebelum pukul 12 t/h.
No comments:
Post a Comment