Monday, December 20, 2010

kayuh rambutan

Hari ni cuaca mendung selepas hujan sehari sampai malam aku dapat berkayuh seawal 7.15 pagi.Kayuhan aku tak lah berapa jauh cuma 29 km ke bukit kapar sampai rumah pkl 9.00 am.Ini kerana aku nak mengambil rambutan yg aku lihat dah masak.Ini lah hasil tanaman aku semenjak tinggal di kuaters 16 thn.Rambutan yg aku tanam lebih 10 thn dulu sudah beberapa kali mengeluarkan hasil.Walaupun aku telah berpindah ke rumah lain tapi masih kelihatan dari belakang rumah.Tapi hasil nya kena kongsi bersama jiran2 lama.Alhamdulilah rezeki yg aku petik aku agih2 kan kerumah jiran2 selain utk keluarga dan selebih nya aku bawa ke setesen makan ramai2.Kandungan gula yang banyak dokter nasihatkan kita makan 5 atau 6 ulas shj.Tapi kita ni kekadang tak perasan...bedal shj.














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails