Seminggu berehat kepenatan berkayuh di Broga, hari ni aku berkayuh seorang pagi 7.45 am ke Bkt.Ramlee.Cuaca nampak gelap nak hujan tapi aku teruskan berkayuh ke puncak nanti senang nak berteduh.Alhamdulilah sampai di atas angin bertiup kuat,keseronokan terasa sambil mengorder nasi lemak dan teh o kurang manis.Aku lantak saja makan kerana besuk nak puasa,malahan pagi tadi sebelum berkayuh aku check glukose 4.6.Tengah makan ramai lagi geng2 downhill tiba.Setelah minum aku turun balik berselisih dengan kawan2 SOT naik.Sampai rumah pukul 11 am,basuh nasikal dan peralatan.Jumlah kayuhan hanya 33 km.
Sunday, July 31, 2011
Sunday, July 24, 2011
PCC presidential ride 2011
Hari ini aku bertolak ke Broga seawal jam 5.30 pagi dengan membawa kereta sendiri di temani sdr.Jamal.Aku ikut sdr.Zul kerana dia dah set GPS.Walaupun ada 3 jalan kami ikut Setia Alam>NKVE>SKVE>Semenyih>University Nottingham.(Broga).Pertama kali aku pakai carrier ni bawa keluar.Sampai di semenyih sempat singgah minum dulu.Nak masuk dalam kampus jem pulak.Lepas persiapan parking keluar ke jalan tengok2 diorang dah berlepas.Kita terus sahaja tanpa ke garisan permulaan.Bila masuk off road jem basikal pula,menolak 100 m.Seronok juga trail ni melalui anak2 sungai dan bukit,turun bukit terpaksa menolak,sampai tak perasan heart beat mencecah 204 bpm.Sampai di check point 2 perut rasa lapar 4 biji pisang aku makan,lepas tu dah tersilap jalan ke chiken loop jalan besar Broga,nak patah balik dah rasa jauh mungkin 5 km,Aku terus ikut jalanraya sahaja sorang2 walaupun aku nampak 2 ,3 group lalu.Alhamdulilah sampai di kampus dengar azan zohor.Walaupun begitu jumlah kayuhan 52km termasuk sesat 2 kali.Sampai ke garisan penamat layak ke 2 cabutan bertuah.Dah minum air dan makan karipap besar balik ke kereta tukar pakaian dan sembahyang zohor di surau berhampiran,tunggu pula kawan2 tang belum tiba.Pukul 3.30 bawa kereta keatas untuk menunggu cabutan bertuah pukul 4 pm.Hampa juga satu cabutan pun tak mengena.Nak keluar balik pun jem juga sampai semenyih singgah kedai makan dulu perut sangat lapar sementara tunggu habis jem.Waktu balik cuba ikut jalan baru SKVE ke bandar Saujana ke lebuhraya elit,tak perasan pula di lorong touch&go palang masuk tu rendah sampai patah palang pvc nasib baik handle basikal tak patah.Sampai penghabis jalan tol nak masuk T&G lagi Jamal terpaksa tolak sikit palang tu ,di depan security dah tunggu ambil nama dan number ic untuk rekod.Sampai rumah dah maghrib.Alhamdulilah
Tuesday, July 12, 2011
ke bkt Cerakah Jaya(1 Meru)
Pagi tadi aku berkayuh membawa Maniam dan Jamal ke track belakang kayuhan 1 Meru.Kami keluar jam 7.30 menuju ke CP1 sebelum sampai CP1 tayar basikal Maniam pancit nasib baik Jamal ada bawa tiub spare,tiub spare aku dah di gunakan di jalan Kebun.Semasa menurun bukit di jalan kg cerakah jaya menuju ke jalan Batu Arang Maniam jatuh pula,hanya luka sedikit di lutut.Masa keluar balik menuju ke Bkt. Kapar tayar basikal aku pula pancit,behenti singgah pekena nasi lemak dulu,sempat pump dulu sebelum menuju ke kedai basikal Meru.Lambat gak sampai rumah dah hampir pukul 12. Alhamdulilah cuaca mendung tak panas.Jumlah kayuhan 41 km.
Thursday, July 7, 2011
ke PD
Sunday, July 3, 2011
Kayuhan 1 Malaysia Jalan Kebun.
Kayuhan di Jalan Kebun hampir menjadi seperti di Sg. Buaya.Aku hampir berpatah balik kerana kesesatan sebelu CP1 lagi tambahan pula tayar pancit,sudah habis tukar tiub ngan kawan2 menolong pekena power stick pulak,setelah jumpa CP1 semangat berkayuh datang kembali mencuba nasib kot2 dapat medal memandangkan veteran cuma 26 orang.Akhir nya potong demi potong dapat gak no.18.Maniam no.13.Jarak kayuhan cuma 45 km shj.Sepatut nya 50 km,tak tau mana silap.Kawan2 yg lain 7 orang lagi kecewa dengan kesesatan tidak dapat menghabiskan kayuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)