Sunday, July 24, 2011

PCC presidential ride 2011

Hari ini aku bertolak ke Broga seawal jam 5.30 pagi dengan membawa kereta sendiri di temani sdr.Jamal.Aku ikut sdr.Zul kerana dia dah set GPS.Walaupun ada 3 jalan kami ikut Setia Alam>NKVE>SKVE>Semenyih>University Nottingham.(Broga).Pertama kali aku pakai carrier ni bawa keluar.Sampai di semenyih sempat singgah minum dulu.Nak masuk dalam kampus jem pulak.Lepas persiapan parking keluar ke jalan tengok2 diorang dah berlepas.Kita terus sahaja tanpa ke garisan permulaan.Bila masuk off road jem basikal pula,menolak 100 m.Seronok juga trail ni melalui anak2 sungai dan bukit,turun bukit terpaksa menolak,sampai tak perasan heart beat mencecah 204 bpm.Sampai di check point 2 perut rasa lapar 4 biji pisang aku makan,lepas tu dah tersilap jalan ke chiken loop jalan besar Broga,nak patah balik dah rasa jauh mungkin 5 km,Aku terus ikut jalanraya sahaja sorang2 walaupun aku nampak 2 ,3 group lalu.Alhamdulilah sampai di kampus dengar azan zohor.Walaupun begitu jumlah kayuhan 52km termasuk sesat 2 kali.Sampai ke garisan penamat layak ke 2 cabutan bertuah.Dah minum air dan makan karipap besar balik ke kereta tukar pakaian dan sembahyang zohor di surau berhampiran,tunggu pula kawan2 tang belum tiba.Pukul 3.30 bawa kereta keatas untuk menunggu cabutan bertuah pukul 4 pm.Hampa juga satu cabutan pun tak mengena.Nak keluar balik pun jem juga sampai semenyih singgah kedai makan dulu perut sangat lapar sementara tunggu habis jem.Waktu balik cuba ikut jalan baru SKVE ke bandar Saujana ke lebuhraya elit,tak perasan pula di lorong touch&go palang masuk tu rendah sampai patah palang pvc nasib baik handle basikal tak patah.Sampai penghabis jalan tol nak masuk T&G lagi Jamal terpaksa tolak sikit palang tu ,di depan security dah tunggu ambil nama dan number ic untuk rekod.Sampai rumah dah maghrib.Alhamdulilah





























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails