Pagi tadi aku berkayuh membawa Maniam dan Jamal ke track belakang kayuhan 1 Meru.Kami keluar jam 7.30 menuju ke CP1 sebelum sampai CP1 tayar basikal Maniam pancit nasib baik Jamal ada bawa tiub spare,tiub spare aku dah di gunakan di jalan Kebun.Semasa menurun bukit di jalan kg cerakah jaya menuju ke jalan Batu Arang Maniam jatuh pula,hanya luka sedikit di lutut.Masa keluar balik menuju ke Bkt. Kapar tayar basikal aku pula pancit,behenti singgah pekena nasi lemak dulu,sempat pump dulu sebelum menuju ke kedai basikal Meru.Lambat gak sampai rumah dah hampir pukul 12. Alhamdulilah cuaca mendung tak panas.Jumlah kayuhan 41 km.
No comments:
Post a Comment