Malam tadi aku menghadiri jamuan makan malam tahunan kelab kilat kapar.Tiada jemputan artis lagi kerana menjimat kan kos.Tapi terhibur gak dengan persembahan dari kalangan ahli kelab sendiri.
Monday, December 13, 2010
kelab dinner
Malam tadi aku menghadiri jamuan makan malam tahunan kelab kilat kapar.Tiada jemputan artis lagi kerana menjimat kan kos.Tapi terhibur gak dengan persembahan dari kalangan ahli kelab sendiri.
Saturday, December 11, 2010
sarapan pagi di bukit ramli
Hari ini pagi2 jam 7.15 am aku keluar berkayuh ke bukit ramli sorang2.Di rumah aku hanya makan sebiji telur mentah dan 2 keping biskut,minum air kosong untuk bekalan tenaga mendaki,alhamdulilah tenaga aku mencukupi uuntuk naik ke puncak,itu pun berhenti2 gak untuk mengambil gambar pemandangan.kalau congak2 kalori yg aku ambil kat rumah telur sebiji 1000 kcl,biskut 190 kcal,nasi lemak 200 kcal + telur 1000 kcal dan teh 'o' 50 kcal.jumlah lebih kurang 2440 kcal.Kalau ikut meter yg aku kayuh cuma 474 kcal di bakar.Ini bermakna ada 970 kcal yg tidak terbakar(di simpan).Kalorimeter di basikal cuma kesan berdasar kan kilometer,mungkin aku mendaki bukit sudah mengguna kan 1000 kcal.Yang penting nya aku fokus kan berat badan 63 kg,sekarang masih 68 kg.

Sunday, December 5, 2010
Bernamjaya MTB jamboree 2010
Pengalaman mengayuh 45 km berbukit bukau menyebab kan aku mengalami kekejangan otot.Walaupun begitu aku tetap layan kayuh sehingga tamat mungkin 300 dari 1000 peserta.rupa2 nya ramai lagi yang cramp kawan2 aku 3 orang 1.30 jam kami menunggu.Di sepanjang cp2 ke cp3 bau minyak urut sesaja.Aku terpaksa mencangkung 2,3 minit untuk melegakan bila terasa bila mendaki separuh kayuh dan tolak,walaupun semua bukit kelihatan boleh dikayuh.Ada juga rider yang menolong spray tapi tak bertahan lama.Alhamdulilah berkat kesabaran sampai juga ke garisan penamat pkl 12 t.hari bermakna aku berkayuh 3.30 jam,peserta akhir sampai 5 jam. Peserta pertama sampai ialah bekas jaguh Malaysia Nur Effendy 1.50 jam.
Tuesday, November 30, 2010
kedondong
Hari ini aku berkayuh mengikuti jalan favorite kami sejauh 40 km.Mula2 ingat kan nak kayuh 50 km tapi mat fitt kerja petang.Balik singgah kedai basikal Meru kerana nak setting basikal untuk persediaan Bernam Jaya.Tapi taukeh belum sampai lagi.sementara menunggu kita pekena roti canai.Sampai rumah 10.30 ,basuh basikal dulu.Sementara menunggu basikal kering sempat gak memetik buah kedondong yang aku tanam 3 pokok di tepi jalan.Cuti2 sekolah ni bagi anak2 aku kerja mengupas buah untuk di jadi kan jeruk aje.Friday, November 19, 2010
mencari pendekar wak mastor
aku tak pernah berkayuh hari jumaat,memandangkan sudah lama tidak berkayuh kerana musim hujan dan sabtu/ahad ini akan ke melaka.Laluan ni memang di idamkan setelah melihat google map.Jalan balik melalui jalan sama kerana aku tak suka melalui jalan akob iaitu jalan yang di lalui lori sampah ke pusat pengumpulan sampah,bau jalan nya tak memuaskan.Kayuhan pagi ni sejauh 30 km shj.Sunday, November 7, 2010
FRIM2
hari ini dan besuk aku menghadiri health screen test dianjur kan oleh majikan aku ,keputusan nya tidak memuaskan gula dan tekanan darah dalam sempadan,aku terpaksa melebih kan senaman dan kawalan permakanan.walaupun semalam buat kali kedua aku ke FRIM berkayuh melalui track berlainan dari first track dulu,padan lah kayuhan aku tak memuaskan ketika mendaki.Friday, October 29, 2010
burung luar negeri datang sini
hujan malam tadi meyebabkan air bertakung di belakang kawasan kuaters.pagi tadi aku lihat banyak burung2 bangau memutih menandakan musim bangau tiba dari siberia.aku berkesempatan merakam menggunakan camera olmympus digital 3x zoom 12MP.tapi sayang hanya takat ini saja yg dapat,ni lain kali kena beli DSLR pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















