Sunday, April 29, 2012

jamboree jasin


Jamboree Jasin memang pilihan aku selain lembah klang.Kebetulan tarikh tersebut aku off 5 hari.Ada lagi satu tujuan aku ingin bertemu adik sepupu yang tinggal di rumah aku masa kanak2 dulu sudah terpisah lama sehingga beranak cucu di Jasin.Sempat lah aku bermesra dengan keluarga nya di warung makan nya dan sebelah malam kami berkaroke di depan hotel tempat aku bermalam.
Jamboree Jasin ini kali pertama aku sertai di mana peserta teramai ia itu 2400 orang.


Sunday, April 15, 2012

bukit hijau puncak alam

 Hari ini keluar pagi dah terlambat sedikit dekat pukul 8 pagi.Akhir nya aku keluar juga berkayuh sorang menghala bukit kapar.Rasa2 nya malas nak kayuh off road kerana semalam basikal baru service masih kilat.Sampai di sekolah bukit kapar kelihatan geng2 SOT berhimpun untuk berkayuh.Mula2 ingat nak balik aje rupa2 nya diorang nak ke bukit hijau dan puncak alam.Aku teringin juga melalui jalan itu buat pertama kali satu hari nanti boleh juga jalan sendiri.Sepanjang perjalanan aku ketinggalan kerana diorang kayuh average 35 km/h,aku tak pernah kayuh selaju itu sebelum ini,malahan belum sarapan pagi.Aku ikut saja nanti diorang tunggu di persimpangan.Akhir nya aku dapat juga mengikut mereka,sampai dirumah pukul 11.30 am cuaca panas.



Thursday, April 5, 2012

kenangan lampau

gambar kenangan lama akan ku abadikan.








Saturday, March 24, 2012

Alam Budiman


Hari ini berkayuh 3 orang dari Alam Budiman ke Atantuya.Hari ini berkayuh terasa penat sedikit tak tahu kenapa,mungkin tak cukup rehat tambahan pula pukul 10 terasa panas mantari.


Saturday, March 10, 2012

greenhill/atantuya.

 Hari ini aku teringin nak kayuh di trail green hill dan atantuya.Aku bertolak dengan menaiki kereta ke Alam Budiman.Aku dapat berita di face book ada geng2 kayuh beb nak kayuh.Sampai di Alam Budiman kelihatan 4 orang geng kayuh beb sedang bersiap.Kami mula berkayuh pukul 8.20 pagi masuk ke trail green hill.Aku pernah masuk sekali di trail ini,memang banyak dahan2 bertam jatuh sehingga lengan aku pun terguris duri bertam.Cuma kali ini aku dapat terus mendaki di trail atantuya.Kami turun di bukit betul2 dekat simpang menuju bkt Ramli.Kami tidak dapat meneruskan ke bkt Ramli kerana ada yang mengata kan sudah memadai,kerana ada ahli yang baru berkayuh.Kami menyusuri jalan ke cerakah jaya dan track 1Meru cp1 merentasi seehingga di sekolah kg Budiman nak ke kedai mama donut di jalan paip.Setelah makan dan minum kami balik ke Alam Budiman melalui jalan kampung Budiman ikut rentas.Aku sampai rumah sebelum pukul 12 t/h.




Tuesday, February 28, 2012

maklumat dari majalah roda pantas

Sengaja aku masuk kan maklumat ini dari majalah roda pantas untuk panduan pemakanan selepas berkayuh.Sesuai dengan berat badan aku 70 kg.

Sunday, February 19, 2012

kayuh dari gombak ke bkt tinggi bentong.

Hari ini aku berkayuh ke Genting Sempah bersama 3 orang kawan .Sebenar nya sudah dua kali aku ke Genting Sempah cuma kali ini lebih jauh sedikit ke Bkt.Tinggi.Ingatkan nak kayuh di Ijok bukit lahanat,semalam hujan dan awal subuh pun hujan,malas nak main lumpur.Mat Fitt pula ajak kayuh ke Genting Sempah on road.Aku bertolak dari Kapar seawal 6.30 pagi ke Hospital orang asli bt 12 Gombak.Cuaca mendung dan dingin menjadi kan keseronokan berkayuh.Hampir pkl 8 kami mula berkayuh mendaki sehingga Genting Sempah.Berhenti sekejap regroup dan seterus nya menurun ke bkt. Tinggi Bentong.Berhenti minum teh dan roti canai di restoran tepi jalan.Waktu balik mendaki pula sampai di RR genting sempah yang mana kawan2 sudah sampai dulu menunggu.Aku asyik kena tinggal sahaja bukan apa pertama kali mendaki jarak jauh lebih kurang 54 km,aku terpaksa kayuh selamat bagi mengelakkan cramp.Sampai di Gombak sebelum pkl.12.Aku dua orang dengan Matt.Fitt balik naik kereta matrik aku, sampai rumah sebelum zohor ,sempat upload foto lagi.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails