Saturday, March 24, 2012
Alam Budiman
Hari ini berkayuh 3 orang dari Alam Budiman ke Atantuya.Hari ini berkayuh terasa penat sedikit tak tahu kenapa,mungkin tak cukup rehat tambahan pula pukul 10 terasa panas mantari.
Saturday, March 10, 2012
greenhill/atantuya.
Hari ini aku teringin nak kayuh di trail green hill dan atantuya.Aku bertolak dengan menaiki kereta ke Alam Budiman.Aku dapat berita di face book ada geng2 kayuh beb nak kayuh.Sampai di Alam Budiman kelihatan 4 orang geng kayuh beb sedang bersiap.Kami mula berkayuh pukul 8.20 pagi masuk ke trail green hill.Aku pernah masuk sekali di trail ini,memang banyak dahan2 bertam jatuh sehingga lengan aku pun terguris duri bertam.Cuma kali ini aku dapat terus mendaki di trail atantuya.Kami turun di bukit betul2 dekat simpang menuju bkt Ramli.Kami tidak dapat meneruskan ke bkt Ramli kerana ada yang mengata kan sudah memadai,kerana ada ahli yang baru berkayuh.Kami menyusuri jalan ke cerakah jaya dan track 1Meru cp1 merentasi seehingga di sekolah kg Budiman nak ke kedai mama donut di jalan paip.Setelah makan dan minum kami balik ke Alam Budiman melalui jalan kampung Budiman ikut rentas.Aku sampai rumah sebelum pukul 12 t/h.
Tuesday, February 28, 2012
maklumat dari majalah roda pantas
Sunday, February 19, 2012
kayuh dari gombak ke bkt tinggi bentong.
Hari ini aku berkayuh ke Genting Sempah bersama 3 orang kawan .Sebenar nya sudah dua kali aku ke Genting Sempah cuma kali ini lebih jauh sedikit ke Bkt.Tinggi.Ingatkan nak kayuh di Ijok bukit lahanat,semalam hujan dan awal subuh pun hujan,malas nak main lumpur.Mat Fitt pula ajak kayuh ke Genting Sempah on road.Aku bertolak dari Kapar seawal 6.30 pagi ke Hospital orang asli bt 12 Gombak.Cuaca mendung dan dingin menjadi kan keseronokan berkayuh.Hampir pkl 8 kami mula berkayuh mendaki sehingga Genting Sempah.Berhenti sekejap regroup dan seterus nya menurun ke bkt. Tinggi Bentong.Berhenti minum teh dan roti canai di restoran tepi jalan.Waktu balik mendaki pula sampai di RR genting sempah yang mana kawan2 sudah sampai dulu menunggu.Aku asyik kena tinggal sahaja bukan apa pertama kali mendaki jarak jauh lebih kurang 54 km,aku terpaksa kayuh selamat bagi mengelakkan cramp.Sampai di Gombak sebelum pkl.12.Aku dua orang dengan Matt.Fitt balik naik kereta matrik aku, sampai rumah sebelum zohor ,sempat upload foto lagi.Saturday, January 14, 2012
sg selangor endurance 2012
Pagi pukul 4.30 am aku sudah terjaga,aku tidur balik sambil menunggu set alarm pukul 5.00 am.Pukul 5.30 am aku kena hantar loading basikal naik lori.Bila masa mandi terasa tengkuk sudah sakit,ini angkara tidur tak betul,alamak spoil betul.Sudah siap perkakasan aku ke depan despensari tengok2 sorang pun tiada lagi.Aku balik rumah semula nak melabur dan terus sembahyang subuh di rumah sahaja.Aku gagahi juga untuk bersama kawan2 ke sg selangor endurance di bukit Badong.Mengikut senarai ada 15 orang kawan2 yang pergi tapi 3 orang tak dapat hadir.Kami sampai perserta2 sudah bersiap sedia untuk pelepasan.Kami sempat bersiap dan ke tandas,mungkin ada lagi yang tak sampai kerana minum di tepi jalan tadi.Pelepas di asing2 kan di mulai dengan terbuka dulu kemudian veteran,wanita dan remaja.Kesemua jumlah semua peserta >1000 orang.Kami gulungan veteran di lepas kan pukul 8.20 pagi.Harapan untuk mendapat tempat sangat tipis memandangkan veteran start dari umur 40 thn.Aku cuma kayuh enjoy sahaja janji tamat malahan menahan kasakitan tengkuk.Alhamdulilah aku selamat sampai tiada kecederaan cuma ada sedikit rasa nak krem di kaki sebelah kanan.Kesemua kumpulan kami berjaya menamat kan kayuhan 40 km yang bukit nya tinggi2 walaupun banyak menolak.Terasa bahang panas kayuhan selepas pukul 11 am.Aku sampai ke penamat pkl 12.15 t/h.Sempat lah makan dan bersiap balik dengan Hj,Rahman naik kereta dia.Kawan2 lain naik van dan lori syarikat.Sampai rumah dekat pkl 2 pm.Rakan2 lain menunggu di dewan syabas sampai cabutan bertuah selesai.Hanya 2 orang ahli kami yang dapat hadiah cabutan bertuah.
Kepujian kepada penganjur yang cemerlang.SYABAS.
Wednesday, January 4, 2012
kena upgrade juga.
Saturday, December 31, 2011
tahun baru 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



































