Hari ni takde temujanji ngan geng kayuh aku saja2 kayuh sorang ingat kan nak kayuh dekat aje.Dalam pada itu hati ni nak juga menjenguk kat sekolah bukit kapar.Akhir nya bertemu ngan geng2 sot dan setia alam nak try trek kayuhan 1 meru.Akhir nya aku pun follow lah nak juga try nanti masa acara pada 8 mei nanti dah senang.Tadi di tengah jalan TAP pun berselisih ngan group meru pelbagai basikal siap eskot ke pantai remis,diorang pun ajak.Aku tak ikut sebab nak buat latihan bukit.
Saturday, April 30, 2011
Wednesday, April 27, 2011
jumlah kayuhan bulan ini
jumlah kayuhan bulan ini sebanyak 11 kayuhan jarak 348 km.Kalori yang musnah sebanyak 10,750 kcal.Kalori yg masuk tak tau banyak mana.baru2 ni test kadar glukos ada meningkat sedikit,terpaksa kena kawal pemakanan dan minuman.Kadar kolesterol belum check lagi yg lepas dah bawah 5.tapi masih makan ubat lagi.
ini data masih belum sempurna masih belajar isi cara manual.
Sunday, April 17, 2011
jamboree 1 batang kali
Tuesday, April 12, 2011
aktiviti ptg sama keluarga.
Sunday, April 10, 2011
kayuhan bukit cahaya
Hari ni aku dapat berkayuh join geng SOT dah Meru ke bukit cahaya shah alam(taman pertanian).Kami mula2 bercadang ke bukit ramli sahaja.Oleh kerana aku bawa kereta parking di sekolah keb bkt kapar bertembung dengan geng2 diorang.Mula2 ingat kan ramai geng kevp2k rupa2 nya haya 3 org shj.Aku ,pian dan sanyzam.Tapi sayang gambar2 yg banyak dalam HP tiada tak tau apa problem mungkin kurang bateri tak dapat save.Tapi takpe lain kali kita kayuh lagi yang penting dah tau jalan,lagi pun pertama kali tak di rancang. Kali pertama berkayuh ke bukit cahaya sehingga ke kemuncak menara bukit sapu tangan.Walaupun jalan nya melalui bukit pacak sebahagian nya tolak,menurun down hill sungguh terangsang aku terpaksa kawal kelajuan 55 km/hr gerun ada yang berani sehingga 70 km/hr.Dulu dah beberapa kali masuk bkt cerakah bawa family naik bas/jalan kaki,tapi kali ni berpeluang kayu sampai ke ceruk kolam pancing.Akhir nya berjaya berkayuh sampai bkt kapar sejauh 46 km,cukuplah utk latihan ke batang kali.Sampai rumah pkl 1.00 tengah hari. Lepas zohor sempat menghadiri majlis kenduri kawen di meru.Balik rumah lumur minyak panas pada otot otot yang lenguh dan terus tidur sampai waktu asar.Petang timbang berat badan dah susut 2kg.Alhamdulilah badan kembali segar.
Friday, April 1, 2011
kayuhan petang pantai remis
petang tadi aku kayuh ke pantai remis sorang2.Aku keluar jam 5.10 pm kerana mengejar masa balik sebelum maghrib.Alhamdulilah aku dapat berkayuh off/on road sejauh 31 km pergi/balik.Average speed dar cateye 20.8 km/hr,max speed 26.9 km/hr.calories 427 kcal.Reading dari jam polar 1jam 37 min.Calories 894 kcal.Heart beat average 131 bpm.maximum 149 bpm.Kayuhan non stop 15 km.Sampai di pantai remis aku sempat minum air kelapa muda sebiji.Apa yang di beri tahu oleh dokter air kelapa ada lah isotonik asli tanpa gula.
Subscribe to:
Posts (Atom)