Hari ni aku dapat berkayuh join geng SOT dah Meru ke bukit cahaya shah alam(taman pertanian).Kami mula2 bercadang ke bukit ramli sahaja.Oleh kerana aku bawa kereta parking di sekolah keb bkt kapar bertembung dengan geng2 diorang.Mula2 ingat kan ramai geng kevp2k rupa2 nya haya 3 org shj.Aku ,pian dan sanyzam.Tapi sayang gambar2 yg banyak dalam HP tiada tak tau apa problem mungkin kurang bateri tak dapat save.Tapi takpe lain kali kita kayuh lagi yang penting dah tau jalan,lagi pun pertama kali tak di rancang. Kali pertama berkayuh ke bukit cahaya sehingga ke kemuncak menara bukit sapu tangan.Walaupun jalan nya melalui bukit pacak sebahagian nya tolak,menurun down hill sungguh terangsang aku terpaksa kawal kelajuan 55 km/hr gerun ada yang berani sehingga 70 km/hr.Dulu dah beberapa kali masuk bkt cerakah bawa family naik bas/jalan kaki,tapi kali ni berpeluang kayu sampai ke ceruk kolam pancing.Akhir nya berjaya berkayuh sampai bkt kapar sejauh 46 km,cukuplah utk latihan ke batang kali.Sampai rumah pkl 1.00 tengah hari. Lepas zohor sempat menghadiri majlis kenduri kawen di meru.Balik rumah lumur minyak panas pada otot otot yang lenguh dan terus tidur sampai waktu asar.Petang timbang berat badan dah susut 2kg.Alhamdulilah badan kembali segar.
No comments:
Post a Comment