Monday, May 23, 2011

pontian

Hari minggu tak berkayuh kerana menghantar anak belajar di kolej metrikulasi teknikal johor (pontian).Hari ini isnin siap mendaftar dan penyediaan barang2 asrama sehingga pkl 2.30ptg.Balik ke kapar sampai waktu maghrib.Hanya singgah di rr pagoh waktu asar dan minum.
sebenar nya faiz mendapat 2 tawaran.satu kolej ini dan kedua UiTM penang.Memandang kan kolej ini pilihan pertama nya terpaksa lah kita menuruti nya.
Semasa aku survey kolej ini ternampak lak signboard tanjung bin 20 lebih km,langsung aku kesana,cuma ambil gambar sahaja tak singgah di khuatiri kalau jumpa lak ngan kawan2 lama ramai yg bekerja sini.Bukan apa sebab masa suntuk insyallah jika ada masa panjang boleh jumpa kawan2.





























Sunday, May 15, 2011

suri rumah ubah gaya hidup

Setelah menjalani screen test di stesen yang di anjurkan oleh pihak majikan di sebab kan oleh bil perubatan syarikat melambung,ramai yang sedar betapa perlu nya menjaga kesihatan sendiri.Ramai yang step test fail,gula dan kolesterol tinggi.Halimah di nasihatkan exsercise hari2 kerana kerja di dalam rumah tak cukup meguat kan otot2 dan memecah kan lemak2.
Halimah luang kan masa seawal pagi selepas penyediaan anak2 ke sekolah,basuh kain( pakai mesin basuh),bersama kawan2 keluar jam 7.15 am( sama waktu dengan aku jika berkayuh pagi) dan siap berjalan pusing padang 3 atau 4x pukul 8.15am.Aku nasihat kan jaga mulut tu sebab maklomlah kaum wanita ni walau pun kaki berjalan ramai2. Pagi2 ni memang sedap mengumpat.
Alhamdulilah kesihatan halimah meningkat sekarang kolesterol dan gula normal.

Kembali mengenai aktiviti basikal,setakat ini diam tak diam aku dah berkayuh sejauh 3076km(cateye odo reading),dah lebih kurang 1 tahun sejak aku beli basikal,tu pun tak termasuk aku beli cateye,dalam tempuh 1 bulan.

Saturday, May 14, 2011

trek test dgn hj rahman


hari ini dapat berkayuh dengan hj.rahman ke bkt kapar/kerayung bagi mengimbas kembali trek lumba tempoh hari.Masa kayuhan santai begini lah kita dapat melihat pemandangan2 di sekitar,maklom lah masa berlumba dulu tak dapat menikmati nya.Alhamdulilah dapat juga 33 km sampai rumah.



















hari ni tak jerubu

pagi ni cuaca baik aku berkayuh lagi ke trek desa kerayung bagi melihat pemandangan.Alhamdulilah cuaca tak berjerubu kelihatan bukit ramli dari bukit kapar.


di sebelah petang aku ke bukit kerayung bersam isteri naik kereta bagi meninjau pondok ugama yg di beritau oleh seorang ustaz.Kelihatan power station kapar.Sebelum ni pun aku dah lalui dengan beskal.








bukit sebelah ni dah 3x lalu masih tak lepas(tolak)







Thursday, May 12, 2011

trace trek dan ECG.

Hari ini aku keluar pagi berkayuh ke bukit kapar bagi mengimbau balik laluan cp 3 masa kayuhan 1 meru.Cuaca berjerubu menyebabkan pemandangan tidak berapa cantik.Dapat lah juga kayuh sejauh 30km,sampai rumah pkl 9.30 am ,aku balik awal kerana petang ada appoinment nak buat stresss test(ECG),dah lama dah mr. kula suruh buat kerana umur dah lebih 50 thn.Pukul 12.30 pm aku ke Shah Alam.Ini lah pertama kali aku buat test ini dah siap pakai track bottom.Alhamdulilah keputusan memuaskan termasuk blood test minggu lepas,kandungan gula dan kolesterol pun ok.Masa berjalan dan berlari atas alat tu selama 10 minit aku tak ada hal aku sempat gak tengok max heart beat 160 bpm ,masa lumba dulu aku hentam sampai 170 bpm.BP pun aku tengok max 160/80.Masa recover dokter tunjuk jantung aku nampak injap berkerja dan di dengar kan bunyi jantung mengepam berderau macam cebuk air mandi bunyi nya.Alhamdulilah dokter kata normal dan boleh kayuh selagi tak penat.







































Sunday, May 8, 2011

kayuhan 1 meru





















Hari ini aku berkayuh ke sekolah kebangsaan meru jalan tap untuk meyertai kayuhan 1 meru yg di anjurkan oleh PIBG dan kelab Speed on tel(SOT) bkt kapar.Aku berkayuh ke skm bersama hj rahman lebih kurang 3km dari rumah.Sanyzam dan A.Rahman sepatut nya mengikut sekali,memandang kan tempat sendiri aku bertolak dulu,rupa2 nya diorang ke jalan lain menuju ke sek bukit kapar,tempat port selalu ke bkt.ramli.Aku tak tau lah diorang punya mind set ke sana,tak kah dalam blog dan FB dah terpampang peta.Tak lah dapat dua orang ni menyertai kayuhan 1 meru.Itu ..kesian diorang.sesat di rumah sendiri.Cuma 5 orang shj ahli P2K yang menyertai nya.Aku dapat nom.2 dalam acara veteran dapat hadiah cek rm200,dan hj,rahman ke 10 dapat gak rm50.Bahagian lelaki open mat.fit dan sofiyan dapat medal .nom 40an.Hanya sorang shj tak dapat apa2 medal...zul orang baru dan beskal baru.Aku dah terlambat masa starting point kerana tangkap gambar,tapi alhamdulilah aku dapat gak kejar kumpulan diorang hampir 2 batu,yg melambat nya nak memotong di single track.Sepatut nya vid cam nak di serah kan pada anak2 aku tapi diorang lambat sampai terpaksalah tangkap dan bawa berkayuh.
























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails