Thursday, May 12, 2011

trace trek dan ECG.

Hari ini aku keluar pagi berkayuh ke bukit kapar bagi mengimbau balik laluan cp 3 masa kayuhan 1 meru.Cuaca berjerubu menyebabkan pemandangan tidak berapa cantik.Dapat lah juga kayuh sejauh 30km,sampai rumah pkl 9.30 am ,aku balik awal kerana petang ada appoinment nak buat stresss test(ECG),dah lama dah mr. kula suruh buat kerana umur dah lebih 50 thn.Pukul 12.30 pm aku ke Shah Alam.Ini lah pertama kali aku buat test ini dah siap pakai track bottom.Alhamdulilah keputusan memuaskan termasuk blood test minggu lepas,kandungan gula dan kolesterol pun ok.Masa berjalan dan berlari atas alat tu selama 10 minit aku tak ada hal aku sempat gak tengok max heart beat 160 bpm ,masa lumba dulu aku hentam sampai 170 bpm.BP pun aku tengok max 160/80.Masa recover dokter tunjuk jantung aku nampak injap berkerja dan di dengar kan bunyi jantung mengepam berderau macam cebuk air mandi bunyi nya.Alhamdulilah dokter kata normal dan boleh kayuh selagi tak penat.







































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails