Sunday, February 6, 2011

tayar pancit

hari minggu aku keluar berkayuh dengan mat fitt ke bukit ramli ikut kandang kambing bkt cerakah off road dari bt8 meru.Setakat ni dah 2x tayar aku pancit melalui jalan ni.Aku perasan tayar pancit masa menurun balik,tadi masa kat atas rehat punyalah lama tak nampak pun.Terpaksa lah aku tukar tiub spare yg aku bawa,di bantu oleh mat fit dan rakan dari meru.Masalahnya pump yg aku bawa tak bagus,angin masuk terlalu perlahan.Nasib baik ada geng2 main down hill bawa pump lain.Sampai rumah pukul 12 t/h jarak 37km pergi/balik.
jam polar heart beat masa mendaki mencecah 169 bpm.Dari rumah sampai puncak 972 kcal.








gambar di belakang asrama uitm puncak alam.

Saturday, February 5, 2011

test data




pagi tadi aku berkayuh ke bukit kapar sambil menguji data jam polar.Data ni di masukan secara manual di webpage polarpersonaltrainer.com.Berdasar kan reading cateye di bawah:

dist:29.79 km

average speed:20 km/hr.

max speed:35.5 km/hr.

calories:389.4 kcal.

duration time:1:29:15.


Saturday, January 29, 2011

xtvt dlm minggu ni.

Hari ni tak dapat berkayuh kerana hujan dari awal pagi.Cuma semalam dapat berkayuh pagi hanya ke bukit kapar 31km.Balik berkayuh bertolak ke kl cadang nak tengok IT exibition di midvalley.Punya lah ramai maknusia sampai rimas,tak beli apa cuma beli jam heart rate.





jalan kayuh di sebelah tu jalan tali airke tok muda cuba2 saja sebab pintu pagar lembu terbuka.Lain kali tak mau lalu lagi lah sebab puas nak mengelak tahi lembu.











lain kali tempat parking kereta mesti kena ingat,ambil gambar begini,banyak kali dah aku kena hilang pedoman,membuang masa mencari kereta.





jam heart rate ni aku beli di midvalley dicount 10% kebetulan lalu di kedai jam.Alang2 dah sampai aku pilih yang ini.Banyak lagi model yg beribu2 rm.





Sunday, January 16, 2011

genting sempah

http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=genting+sempah&aq=&sll=38.959409,-128.847656&sspn=44.744863,179.296875&ie=UTF8&hq=genting+sempah&hnear=&radius=15000&ll=3.326643,101.759148&spn=0.113448,0.350189&t=h&z=12

Hari ini pertama kali aku berkayuh ke genting sempah bersama M.Fitteri.Bertolak dari rumah naik kereta pkl.6.45 pg sampai di bt 12 gombak pkl 7.45 pg.Awal2 lagi mereka berkayuh laju tak terikut aku.Mungkin mereka pernah berkayuh dengan pelumba2 negara membuat latihan di sini.Aku cuma kayuh perlahan menguji keupayaan 16 km mendaki sambil mengimbau jalan2 yg pernah di lalui bas(central bentong) sebelum ada karak hiway dulu.Aku berhenti2 merakam gambar video dan menyedut udara bersih,sejuk dan nyaman sesorang. Tengah berkayuh selaju 16 km/h mendaki ada seorang pakcik memotong aku dengan laju nya bersuara dah tak jauh dah,sekejap aje aku lihat dah hilang kedepan.Masa menurun kita bersaing sampai di bawah sebelum balik kita singgah minum teh dan makan nasi lemak bersama pakcik berumur 66 tahun tu yg dikenali dengan panggilan abah tinggal di sentul,wah banyak gak dengar pengalaman dan petua dari nya.Di perjalanan nampak gak org asli naik motor bawa sumpit.Monyet2 berkeliaran di tepi jalan.
Sampai di bawah jambatan tu berpecah ada nak ke janda baik/bukit tinggi .Aku mengikut azhari nak balik ada urusan.Alhamdulilah dapat gak kayuh 32 km.Masa menurun balik seronok melayan selekoh2 kelajuan 45 km/hr.Berselisih dgn ramai lagi rider yg naik ,singgah minum dan nasi lemak di warung bt.12.Sampai rumah pkl 12 t/h.








Tuesday, January 11, 2011

kayuh petang lagi

Dah lama tak kayuh petang di off road sg.serdang.Pencawang super 500/275 kv dah dapat signboard baru.Ikut kan nak kayuh lebih jauh lagi sampai sg.Janggut,tapi sany senak perut 1 bln tak kayuh kata nya.Alhamdulilah dapat gak 21 km.Bukan tiada laluan estet dekat kuaters tu,memandangkan laluan ini lebih selamat petang2 begini.














Tuesday, January 4, 2011

kayuhan bahagia




















Hari ni kayuh pagi pkl 8 am sampai pkl 10 am.Seperti biasa dari kapar ke bukit kapar sambung jalan off road ke bukit kerayung.Cuaca mendung ,sejuk sangat menyeronokkan apabila melalui jalan kebun.
Kerisauan berkayuh di umur lebih 50 thn meyebabkan hari ni aku ke bkt tinggi dan bkt raja mencari jam heart beat monitor,ada jumpa tapi harga nya mahal ,nanti lah cari kemudian.Menyudah nya aku beli yg ni harga nya cuma rm 119.Gambar tekanan waktu lepas maghrib tadi.


Gambar motor ni ialah gambar motor aku masa bujang dulu telah dihantar oleh saudara ku di FB
Motor tu thn 80an sama harga nya ngan basikal aku lepas upgrade.

















Monday, December 20, 2010

kayuh rambutan

Hari ni cuaca mendung selepas hujan sehari sampai malam aku dapat berkayuh seawal 7.15 pagi.Kayuhan aku tak lah berapa jauh cuma 29 km ke bukit kapar sampai rumah pkl 9.00 am.Ini kerana aku nak mengambil rambutan yg aku lihat dah masak.Ini lah hasil tanaman aku semenjak tinggal di kuaters 16 thn.Rambutan yg aku tanam lebih 10 thn dulu sudah beberapa kali mengeluarkan hasil.Walaupun aku telah berpindah ke rumah lain tapi masih kelihatan dari belakang rumah.Tapi hasil nya kena kongsi bersama jiran2 lama.Alhamdulilah rezeki yg aku petik aku agih2 kan kerumah jiran2 selain utk keluarga dan selebih nya aku bawa ke setesen makan ramai2.Kandungan gula yang banyak dokter nasihatkan kita makan 5 atau 6 ulas shj.Tapi kita ni kekadang tak perasan...bedal shj.














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails