hari ini kali pertama aku sampai ke helipad walaupun berhenti2 dan tolak ini desebabkan alarm pada jam polar berbunyi,menandakan aku kena berhenti sekejap.Alarm berbunyi >153bpm sampai max 169bpm shj.Alarm berbunyi sekali lagi apabila menurun 145 bpm,menandakan boleh sambung balik.Sampai rumah pkl 1.20 lepas zohor sempat gak pergi kenduri kawin.Pada sebelah petang menemani isteri jogging di track quaters,aku hanya memerhati kan shj kerana kaki rasa macam cramp.maklom lah semalam pun panjat bukit ramli.
Sunday, February 20, 2011
1st time sampai helipad

Sunday, February 6, 2011
tayar pancit
hari minggu aku keluar berkayuh dengan mat fitt ke bukit ramli ikut kandang kambing bkt cerakah off road dari bt8 meru.Setakat ni dah 2x tayar aku pancit melalui jalan ni.Aku perasan tayar pancit masa menurun balik,tadi masa kat atas rehat punyalah lama tak nampak pun.Terpaksa lah aku tukar tiub spare yg aku bawa,di bantu oleh mat fit dan rakan dari meru.Masalahnya pump yg aku bawa tak bagus,angin masuk terlalu perlahan.Nasib baik ada geng2 main down hill bawa pump lain.Sampai rumah pukul 12 t/h jarak 37km pergi/balik.jam polar heart beat masa mendaki mencecah 169 bpm.Dari rumah sampai puncak 972 kcal.

Saturday, February 5, 2011
Saturday, January 29, 2011
xtvt dlm minggu ni.
Hari ni tak dapat berkayuh kerana hujan dari awal pagi.Cuma semalam dapat berkayuh pagi hanya ke bukit kapar 31km.Balik berkayuh bertolak ke kl cadang nak tengok IT exibition di midvalley.Punya lah ramai maknusia sampai rimas,tak beli apa cuma beli jam heart rate.
jalan kayuh di sebelah tu jalan tali airke tok muda cuba2 saja sebab pintu pagar lembu terbuka.Lain kali tak mau lalu lagi lah sebab puas nak mengelak tahi lembu.
Sunday, January 16, 2011
genting sempah
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=genting+sempah&aq=&sll=38.959409,-128.847656&sspn=44.744863,179.296875&ie=UTF8&hq=genting+sempah&hnear=&radius=15000&ll=3.326643,101.759148&spn=0.113448,0.350189&t=h&z=12Hari ini pertama kali aku berkayuh ke genting sempah bersama M.Fitteri.Bertolak dari rumah naik kereta pkl.6.45 pg sampai di bt 12 gombak pkl 7.45 pg.Awal2 lagi mereka berkayuh laju tak terikut aku.Mungkin mereka pernah berkayuh dengan pelumba2 negara membuat latihan di sini.Aku cuma kayuh perlahan menguji keupayaan 16 km mendaki sambil mengimbau jalan2 yg pernah di lalui bas(central bentong) sebelum ada karak hiway dulu.Aku berhenti2 merakam gambar video dan
menyedut udara bersih,sejuk dan nyaman sesorang. Tengah berkayuh selaju 16 km/h mendaki ada seorang pakcik memotong aku dengan laju nya bersuara dah tak jauh dah,sekejap aje aku lihat dah hilang kedepan.Masa menurun kita bersaing sampai di bawah sebelum balik kita singgah minum teh dan makan nasi lemak bersama pakcik berumur 66 tahun tu yg dikenali dengan panggilan abah tinggal di sentul,wah banyak gak dengar pengalaman dan petua dari nya.Di perjalanan nampak gak org asli naik motor bawa sumpit.Monyet2 berkeliaran di tepi jalan.Sampai di bawah jambatan tu berpecah ada nak ke janda baik/bukit tinggi .Aku mengikut azhari nak balik ada urusan.Alhamdulilah dapat gak kayuh 32 km.Masa menurun balik seronok melayan selekoh2 kelajuan 45 km/hr.Berselisih dgn ramai lagi rider yg naik ,singgah minum dan nasi lemak di warung bt.12.Sampai rumah pkl 12 t/h.

Tuesday, January 11, 2011
kayuh petang lagi
Dah lama tak kayuh petang di off road sg.serdang.Pencawang super 500/275 kv dah dapat signboard baru.Ikut kan nak kayuh lebih jauh lagi sampai sg.Janggut,tapi sany senak perut 1 bln tak kayuh kata nya.Alhamdulilah dapat gak 21 km.Bukan tiada laluan estet dekat kuaters tu,memandangkan laluan ini lebih selamat petang2 begini.Tuesday, January 4, 2011
kayuhan bahagia

Hari ni kayuh pagi pkl 8 am sampai pkl 10 am.Seperti biasa dari kapar ke bukit kapar sambung jalan off road ke bukit kerayung.Cuaca mendung ,sejuk sangat menyeronokkan apabila melalui jalan kebun.
Kerisauan berkayuh di umur lebih 50 thn meyebabkan hari ni aku ke bkt tinggi dan bkt raja mencari jam heart beat monitor,ada jumpa tapi harga nya mahal ,nanti lah cari kemudian.Menyudah nya aku beli yg ni harga nya cuma rm 119.Gambar tekanan waktu lepas maghrib tadi.

Gambar motor ni ialah gambar motor aku masa bujang dulu telah dihantar oleh saudara ku di FB
Motor tu thn 80an sama harga nya ngan basikal aku lepas upgrade.

Subscribe to:
Posts (Atom)