Tuesday, September 21, 2010
Sunday, September 19, 2010
gambar arwah mak masa muda2 yg di dapati dari album anak saudara.

gambar di sebelah ialah gambar arwah ayah saya semasa bertugas sebagai askar melayu diraja.Gambar ini di dapati di facebook baru2 ni yang di kirim oleh seorang saudara.Gambar ini di abadi kan untuk anak2 aku yang tak kesempatan megenali nya.

hari ini aku mula start berkayuh sama mat fitt kebukit ramli 7.30 am.Nampak gaya nya stamina aku dah menurun sampai bukit pertama shj dah tak larat tambahan pula rantai basikal jatuh.Sampai bukit 45 deg. bila berhenti mata dah berpinar,rasa nak terkencing dan nak termuntah,ini menandakan isyarat aku kena relax berdasar kan pengelaman yang lepas2 hampir setengah jam,aku makan biskut tenaga dan minum air,baru lah boleh kayuh semula sampai kemuncak,mat fitt dah lepas makan nasi lemak di atas.Tak ramai lagi rider disitu cuma 4 org termasuk adik wak ramli.lepas pkl 10 rami geng2 dh tiba dengan menaiki kenderaan.Monday, August 30, 2010
xtvt bulan puasa
Hari ini aku hantar repair gear lever rosak akibat jatuh hari tu.Tapi tak banyak masaalah sangat hanya longgar kan cover tu gear lever akan timbal balik.Alang2 aku tukar sekali tayar belakang yang hampir botak sebab bila mendaki tiada grip berpusing.Ada satu lagi masaalah handle rendah mengakibat kan bahu lenguh2.Fork lama tak boleh di adjust tinggi lagi,terpaksa tukar fork baru,trade in yang lama.Setelah di banding kan berat basikal dapat di kurangkan 1.5 kg.




Bulan puasa ni tiada kayuhan jauh2 cuma sesekali petang kayuh pusing kuaters.Aktiviti yang lain menyangkul,racun serangga dan menyiram pokok2 kontan(pisang,pandan,serai,lengkuas,kantan,cili api,limau kasturi,kunyit dan limau purut.Gambar yang berbuah tu pisang embun.Sebenar nya memang telah lama aku nak menanam nya,beberapa kali aku tanam habis di ratah beratus2 lembu estet kat sebelah,hanya setelah pagar di bina oleh pihak kuaters 2 thn lepas baru lah boleh menanam semula.
Monday, August 9, 2010
Aku tergolek
Hari ini sudah 3x berturut2 aku naik bukit Ramli.Hari ini aku sama M.Fitt pulak dia ajak berkayuh.Mungkin kali terakhir sebelum berpuasa di bulan ramadan.5 hari off aku habis kan masa bercuti di bukit ini,malam ini aku mula bertugas.Ini saja gambar yang hendak aku ceritakan yang lain nya di facebook.Setelah 1/2 jam berehat di puncak kami pun turun ke downhill kerana M.Fitt nak merasa.Kami berdua pun turun yang di mulai aku sebab aku dah lalu sabtu lepas.Sampai kat turun permulaan jalan gerutu2 handle aku terlepas,aku jatuh meniarap mujur atas tanah,aku tak cedera dan basikal pun tak rosak.Aku tahu kesalahan aku tak memegang handle dengan kemas.Itu lah pengelaman selain dari masa budak2 dulu.Ada gak hikmah nya masa aku selalu panjat bukit ni terasa nak berguling aje atas tanah macam bebudak dulu..ni dah rasa kann.



Sunday, August 8, 2010
pengayuh veteran
Hari ini aku berayuh sorang2 lagi kerana kawan2 dari p2k tidak dapat bersama kerana urusan.Mula2 ingat nak join sama geng2 Meru,SOT dan Setia Alam.Sebab aku keluar awal 7.30 am terpaksa lah kayuh sorang2 ikut jalan tar yang biasa aku lalui.Tak jauh dari simpang naik bukit ke kem bina negara dari bukit kapar di sebelah kiri simpang jalan kecil ,jalan awin terus naik ke bukit ramli.Hari ini aku pengayuh pertama sampai, pekena nasi lemak dan teh o.

1/2 jam aku di atas, geng2 down hill dari S.A dan KL tiba melalui lereng down hill.Setelah beberapa minit diorang turun down hill aku pun beredar melalui downhill besar(xc downhill).Dapat aku rakam gambar asrama UiTM puncak alam.Bunyi muzik kedengaran sampai ke bukit ini.Menurut anak aku ada karnival di situ. Sampai di kaki bukit bawah bertemu ngan geng2 yang aku sebut tadi.Ada gak yang putus rantai.Aku pulang awal sampai rumah pkl 11 am.Relax sebab petang nak hantar anak balik asrama.

1/2 jam aku di atas, geng2 down hill dari S.A dan KL tiba melalui lereng down hill.Setelah beberapa minit diorang turun down hill aku pun beredar melalui downhill besar(xc downhill).Dapat aku rakam gambar asrama UiTM puncak alam.Bunyi muzik kedengaran sampai ke bukit ini.Menurut anak aku ada karnival di situ. Sampai di kaki bukit bawah bertemu ngan geng2 yang aku sebut tadi.Ada gak yang putus rantai.Aku pulang awal sampai rumah pkl 11 am.Relax sebab petang nak hantar anak balik asrama.
Saturday, August 7, 2010
jalur gemilang
Seperti biasa aku kayuh sorang2 dari Kapar menuju roller coaster,hari agak mendung di ikutu hujam renyai2.Aku tabah kan hati berkayuh pantas,sampai ditengah roller coaster berselisih ngan Zahidin (Meru),dia ajak naik bukit Ramli.Naik bukit ni bukan calang2 sebab aku dah tenguk ramai gak yang putus rantai basikal.Dari bawah bukit aku teropong nampak seorang aje rider sampai diatas ,kami berdua pun mendaki bukit aku rasa pencapaian aku sudah baik hanya sekali berhenti sahaja.Sampai di atas kami berdua di sambut Wak Ramli dan rider veteran rupanya.(orang pencen),dia berkayuh sorang2 dari Kampung melayu Subang.Kami sampai pkl 9 am.Kami berdua makan nasi lemak dan teh o.Pukul 10 lebih baru geng SOT dan kawan2 Jidin Shah Alam tiba.Antara yang aku kenal Sauki,Wahid,Aril...yang lain2 tu baru kenal rupa sahaja.Selama 2 iam kami berada di sini sementara menuggu kawan2 Jidin dari S.Alam tiba.Jidin ajak kayuh ke down hill(track baru)..aku ikut gak melalui cerun2 lenguh bahu aku,basikal aku mungkin tak sesuai(hard tail).Ada perubahan di Bukit ini jalan2 telah di sodok rata tiada lekuk2 hakisan hujan.Sempat gak bersembang ngan wak Ramli dia nak maju kan nak masukan elektrik dengan perbelanjaan sendiri..RM ribu2.Wah kalau gitu satu hari nanti kita kayuh malam pulak lah.Bendera telah di tukar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Tanah2 keemasan dan aura nya menusuk kalbu.
Thursday, August 5, 2010
BMI index menurun
6 bulan aku start kayuh berat aku dapat di turun kan dari 74 kg ke 70 kg.Aku sudah mula berani pakai baju slim fit.Kalau dulu macam balut nangka.Sila lihat http://nutrition.moh.gov.my/
http://www.infosihat.gov.my/
Berat aku masih sempadan overweight mungkin bulan puasa selalu nya turun 2 kg.
Berat aku masih sempadan overweight mungkin bulan puasa selalu nya turun 2 kg.
Hari ini aku dapat berkayuh bersama M.Fitt ke roller coaster.Walau pun kami mampu berkayuh terus tapi rugi gak kalau tak berhenti di jalan ini untuk menyedut udara bersih.Sementara itu kami dapat juga bergambar buat kenangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















