Seperti biasa aku kayuh sorang2 dari Kapar menuju roller coaster,hari agak mendung di ikutu hujam renyai2.Aku tabah kan hati berkayuh pantas,sampai ditengah roller coaster berselisih ngan Zahidin (Meru),dia ajak naik bukit Ramli.Naik bukit ni bukan calang2 sebab aku dah tenguk ramai gak yang putus rantai basikal.Dari bawah bukit aku teropong nampak seorang aje rider sampai diatas ,kami berdua pun mendaki bukit aku rasa pencapaian aku sudah baik hanya sekali berhenti sahaja.Sampai di atas kami berdua di sambut Wak Ramli dan rider veteran rupanya.(orang pencen),dia berkayuh sorang2 dari Kampung melayu Subang.Kami sampai pkl 9 am.Kami berdua makan nasi lemak dan teh o.Pukul 10 lebih baru geng SOT dan kawan2 Jidin Shah Alam tiba.Antara yang aku kenal Sauki,Wahid,Aril...yang lain2 tu baru kenal rupa sahaja.Selama 2 iam kami berada di sini sementara menuggu kawan2 Jidin dari S.Alam tiba.Jidin ajak kayuh ke down hill(track baru)..aku ikut gak melalui cerun2 lenguh bahu aku,basikal aku mungkin tak sesuai(hard tail).
Ada perubahan di Bukit ini jalan2 telah di sodok rata tiada lekuk2 hakisan hujan.Sempat gak bersembang ngan wak Ramli dia nak maju kan nak masukan elektrik dengan perbelanjaan sendiri..RM ribu2.Wah kalau gitu satu hari nanti kita kayuh malam pulak lah.Bendera telah di tukar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.
Tanah2 keemasan dan aura nya menusuk kalbu.
ini kebun mini off road dari taman bt Kerayung ke jalan Bukit Cerakah..tanah nya subur.
No comments:
Post a Comment