Tuesday, August 3, 2010

kayuhan biasa aje

Kayuhan petang semalam singgah di ash pond kelihatan air pasang penuh burung2 tiada .Kesan air nya melimpah sampai ke luar tebing aku lalui jalan yang lecak.Kelihatan juga tebing di tambak.


Kayuhan petang semalam seperti biasa ke Tok Muda,Sg Serdang kelihatan tebing paya bakau ke Sg,Janggut yang pernah aku lalui dahulu.Kelihatan lembu2 di pandu oleh tuan nya melalui pintu pagar.


pagi tadi aku kayuh ke roller coaster.balik melalui ladang sawit melalui bukit2 yang lekuk lekak.Sampai ke jalan belimbing off jalan kopi Meru tayar aku pancit.Mujur juga rim yang aku beli dulu agak tinggi dapat juga aku kayuh 2 km ke kedai basikal tukar tiub baru.Sampai rumah basikal yang berlumpur aku sembur dengan air sahaja di takuti pasir2 yang melakat di kawasan yang berpusing akan merosakkan peralatan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails