Saturday, March 26, 2011

PEKA MTB le tour d.Fraser Hill 2


Hari ini kami ahli2 KEV p2k meyertai le tour de Fraser Hill.Seramai 9 orang bertolak dari Kapar seawal 5.30 pagi.Walau pun lori dah sampai jam 4.30 dan kami menyusun basikal atas lori.Kami masih menunggu van sampai jam 5.30 pagi.
Kami menunai kan subuh di plaza tol Guthrie.Kami sampai di Kuala Kubu Baru jam 7.30 pagi,dan terlajak sikit mencari stadium menyebabkan tergesa2 menyiapkan peralatan kayuh kerana dah hampir pkl 8 pagi acara bermula.
Alhamdulilah kesemua kami berjaya menamat kan acara sejauh 27 km,mula2 ingat kan 35 km.












Sunday, March 20, 2011

anugerah








hari ni dapat berkayuh dengan ahli2 p2k seramai 5 orang ke bukit ramli off road sejauh 40 km.Persediaan jamboree PEKA MTB di kuala kubu.
Oleh kerana aku masih bercuti 2 hari menghadiri anugerah perkhimatan setia TNB 30 thn di adakan di dewan kelab kilat bangsar.Majlis anugerah berlangsong selama 2 hari.Aku terima pada hari sabtu sebelah petang.Bayang kan punya ramai pekerja yg menerima anugerah 25,30 dan 35 tahun.Pada sesi aku sahaja hampir 600 orang,aku yang ke 556.Tempat duduk aku di sebelah depan iaitu di belakang CEO.Berdepan dengan pentas,terhibur juga melihat telatah pelawak aby saiful dan mat over.sketsa dan koir.dapat aku berpeluang meerakamkan video.Dalam majlis ini dapat juga bertemu kawan2 lama yg bertugas di stesen lain,oleh kerana masa singkat dan ramai ,hanya dapat tengok kawan diatas pentas sahaja.






.

Saturday, March 5, 2011

melalui jalan kandang kambing



hari ni aku berkayuh dari kapar sejauh 36 km dengan di temani pian dari jln kopi menuju off road kelapa sawit ikut kandang kambing menuju bukit ramli.kayuhan aku hari ni agak baik kebanyakkan bukit lepas, sehingga hb max 161 bpm.










Sunday, February 20, 2011

1st time sampai helipad



hari ini kali pertama aku sampai ke helipad walaupun berhenti2 dan tolak ini desebabkan alarm pada jam polar berbunyi,menandakan aku kena berhenti sekejap.Alarm berbunyi >153bpm sampai max 169bpm shj.Alarm berbunyi sekali lagi apabila menurun 145 bpm,menandakan boleh sambung balik.Sampai rumah pkl 1.20 lepas zohor sempat gak pergi kenduri kawin.Pada sebelah petang menemani isteri jogging di track quaters,aku hanya memerhati kan shj kerana kaki rasa macam cramp.maklom lah semalam pun panjat bukit ramli.













isteri dan anak lelaki jogging dan excercise.

Sunday, February 6, 2011

tayar pancit

hari minggu aku keluar berkayuh dengan mat fitt ke bukit ramli ikut kandang kambing bkt cerakah off road dari bt8 meru.Setakat ni dah 2x tayar aku pancit melalui jalan ni.Aku perasan tayar pancit masa menurun balik,tadi masa kat atas rehat punyalah lama tak nampak pun.Terpaksa lah aku tukar tiub spare yg aku bawa,di bantu oleh mat fit dan rakan dari meru.Masalahnya pump yg aku bawa tak bagus,angin masuk terlalu perlahan.Nasib baik ada geng2 main down hill bawa pump lain.Sampai rumah pukul 12 t/h jarak 37km pergi/balik.
jam polar heart beat masa mendaki mencecah 169 bpm.Dari rumah sampai puncak 972 kcal.








gambar di belakang asrama uitm puncak alam.

Saturday, February 5, 2011

test data




pagi tadi aku berkayuh ke bukit kapar sambil menguji data jam polar.Data ni di masukan secara manual di webpage polarpersonaltrainer.com.Berdasar kan reading cateye di bawah:

dist:29.79 km

average speed:20 km/hr.

max speed:35.5 km/hr.

calories:389.4 kcal.

duration time:1:29:15.


Saturday, January 29, 2011

xtvt dlm minggu ni.

Hari ni tak dapat berkayuh kerana hujan dari awal pagi.Cuma semalam dapat berkayuh pagi hanya ke bukit kapar 31km.Balik berkayuh bertolak ke kl cadang nak tengok IT exibition di midvalley.Punya lah ramai maknusia sampai rimas,tak beli apa cuma beli jam heart rate.





jalan kayuh di sebelah tu jalan tali airke tok muda cuba2 saja sebab pintu pagar lembu terbuka.Lain kali tak mau lalu lagi lah sebab puas nak mengelak tahi lembu.











lain kali tempat parking kereta mesti kena ingat,ambil gambar begini,banyak kali dah aku kena hilang pedoman,membuang masa mencari kereta.





jam heart rate ni aku beli di midvalley dicount 10% kebetulan lalu di kedai jam.Alang2 dah sampai aku pilih yang ini.Banyak lagi model yg beribu2 rm.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails