Monday, August 30, 2010

xtvt bulan puasa

Hari ini aku hantar repair gear lever rosak akibat jatuh hari tu.Tapi tak banyak masaalah sangat hanya longgar kan cover tu gear lever akan timbal balik.
Alang2 aku tukar sekali tayar belakang yang hampir botak sebab bila mendaki tiada grip berpusing.Ada satu lagi masaalah handle rendah mengakibat kan bahu lenguh2.Fork lama tak boleh di adjust tinggi lagi,terpaksa tukar fork baru,trade in yang lama.Setelah di banding kan berat basikal dapat di kurangkan 1.5 kg.












Bulan puasa ni tiada kayuhan jauh2 cuma sesekali petang kayuh pusing kuaters.Aktiviti yang lain menyangkul,racun serangga dan menyiram pokok2 kontan(pisang,pandan,serai,lengkuas,kantan,cili api,limau kasturi,kunyit dan limau purut.Gambar yang berbuah tu pisang embun.Sebenar nya memang telah lama aku nak menanam nya,beberapa kali aku tanam habis di ratah beratus2 lembu estet kat sebelah,hanya setelah pagar di bina oleh pihak kuaters 2 thn lepas baru lah boleh menanam semula.



Monday, August 9, 2010

Aku tergolek

Hari ini sudah 3x berturut2 aku naik bukit Ramli.Hari ini aku sama M.Fitt pulak dia ajak berkayuh.Mungkin kali terakhir sebelum berpuasa di bulan ramadan.5 hari off aku habis kan masa bercuti di bukit ini,malam ini aku mula bertugas.Ini saja gambar yang hendak aku ceritakan yang lain nya di facebook.Setelah 1/2 jam berehat di puncak kami pun turun ke downhill kerana M.Fitt nak merasa.Kami berdua pun turun yang di mulai aku sebab aku dah lalu sabtu lepas.Sampai kat turun permulaan jalan gerutu2 handle aku terlepas,aku jatuh meniarap mujur atas tanah,aku tak cedera dan basikal pun tak rosak.Aku tahu kesalahan aku tak memegang handle dengan kemas.Itu lah pengelaman selain dari masa budak2 dulu.Ada gak hikmah nya masa aku selalu panjat bukit ni terasa nak berguling aje atas tanah macam bebudak dulu..ni dah rasa kann.






ini pemandangan nampak jalan naik kat alam budiman.Yang satu lagi tu kebun nenas dan pondok Wak Ramli.



Sunday, August 8, 2010

pengayuh veteran

Hari ini aku berayuh sorang2 lagi kerana kawan2 dari p2k tidak dapat bersama kerana urusan.Mula2 ingat nak join sama geng2 Meru,SOT dan Setia Alam.Sebab aku keluar awal 7.30 am terpaksa lah kayuh sorang2 ikut jalan tar yang biasa aku lalui.Tak jauh dari simpang naik bukit ke kem bina negara dari bukit kapar di sebelah kiri simpang jalan kecil ,jalan awin terus naik ke bukit ramli.Hari ini aku pengayuh pertama sampai, pekena nasi lemak dan teh o.









1/2 jam aku di atas, geng2 down hill dari S.A dan KL tiba melalui lereng down hill.Setelah beberapa minit diorang turun down hill aku pun beredar melalui downhill besar(xc downhill).Dapat aku rakam gambar asrama UiTM puncak alam.Bunyi muzik kedengaran sampai ke bukit ini.Menurut anak aku ada karnival di situ. Sampai di kaki bukit bawah bertemu ngan geng2 yang aku sebut tadi.Ada gak yang putus rantai.Aku pulang awal sampai rumah pkl 11 am.Relax sebab petang nak hantar anak balik asrama.






Saturday, August 7, 2010

jalur gemilang

Seperti biasa aku kayuh sorang2 dari Kapar menuju roller coaster,hari agak mendung di ikutu hujam renyai2.Aku tabah kan hati berkayuh pantas,sampai ditengah roller coaster berselisih ngan Zahidin (Meru),dia ajak naik bukit Ramli.Naik bukit ni bukan calang2 sebab aku dah tenguk ramai gak yang putus rantai basikal.Dari bawah bukit aku teropong nampak seorang aje rider sampai diatas ,kami berdua pun mendaki bukit aku rasa pencapaian aku sudah baik hanya sekali berhenti sahaja.Sampai di atas kami berdua di sambut Wak Ramli dan rider veteran rupanya.(orang pencen),dia berkayuh sorang2 dari Kampung melayu Subang.Kami sampai pkl 9 am.Kami berdua makan nasi lemak dan teh o.Pukul 10 lebih baru geng SOT dan kawan2 Jidin Shah Alam tiba.Antara yang aku kenal Sauki,Wahid,Aril...yang lain2 tu baru kenal rupa sahaja.Selama 2 iam kami berada di sini sementara menuggu kawan2 Jidin dari S.Alam tiba.Jidin ajak kayuh ke down hill(track baru)..aku ikut gak melalui cerun2 lenguh bahu aku,basikal aku mungkin tak sesuai(hard tail).
Ada perubahan di Bukit ini jalan2 telah di sodok rata tiada lekuk2 hakisan hujan.Sempat gak bersembang ngan wak Ramli dia nak maju kan nak masukan elektrik dengan perbelanjaan sendiri..RM ribu2.Wah kalau gitu satu hari nanti kita kayuh malam pulak lah.Bendera telah di tukar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.





Tanah2 keemasan dan aura nya menusuk kalbu.







ini kebun mini off road dari taman bt Kerayung ke jalan Bukit Cerakah..tanah nya subur.


Thursday, August 5, 2010

BMI index menurun


6 bulan aku start kayuh berat aku dapat di turun kan dari 74 kg ke 70 kg.Aku sudah mula berani pakai baju slim fit.Kalau dulu macam balut nangka.Sila lihat http://nutrition.moh.gov.my/
http://www.infosihat.gov.my/

Berat aku masih sempadan overweight mungkin bulan puasa selalu nya turun 2 kg.





Hari ini aku dapat berkayuh bersama M.Fitt ke roller coaster.Walau pun kami mampu berkayuh terus tapi rugi gak kalau tak berhenti di jalan ini untuk menyedut udara bersih.Sementara itu kami dapat juga bergambar buat kenangan.






Tuesday, August 3, 2010

kayuhan biasa aje

Kayuhan petang semalam singgah di ash pond kelihatan air pasang penuh burung2 tiada .Kesan air nya melimpah sampai ke luar tebing aku lalui jalan yang lecak.Kelihatan juga tebing di tambak.


Kayuhan petang semalam seperti biasa ke Tok Muda,Sg Serdang kelihatan tebing paya bakau ke Sg,Janggut yang pernah aku lalui dahulu.Kelihatan lembu2 di pandu oleh tuan nya melalui pintu pagar.


pagi tadi aku kayuh ke roller coaster.balik melalui ladang sawit melalui bukit2 yang lekuk lekak.Sampai ke jalan belimbing off jalan kopi Meru tayar aku pancit.Mujur juga rim yang aku beli dulu agak tinggi dapat juga aku kayuh 2 km ke kedai basikal tukar tiub baru.Sampai rumah basikal yang berlumpur aku sembur dengan air sahaja di takuti pasir2 yang melakat di kawasan yang berpusing akan merosakkan peralatan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails